Monday, 13 January 2014

Peniaga makanan harus utama aspek kebersihan – BorneoPost ... - Blog Makanan di Sabah

Peniaga <b>makanan</b> harus utama aspek kebersihan – BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah


Peniaga <b>makanan</b> harus utama aspek kebersihan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 08:27 AM PST

by Nick Fletcher. Posted on January 10, 2014, Friday

KUCHING: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri bermula tahun ini tidak lagi akan berkompromi dengan mana-mana peniaga makanan sama ada di premis, kantin mahupun jalanan yang didapati tidak mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983 yang ditetapkan.

Amaran tegas itu dibuktikan apabila setakat semalam, 76 premis makanan di sekitar bandar raya ini telah diperiksa dan hasilnya, dua premis iaitu masing-masing di Kota Sentosa dan King Centre, Simpang 3 dekat sini telah diarahkan tutup atas sebab terdapatnya sarang dan najis tikus.

Malah, dua kompaun bernilai RM500 dan RM1,000 turut dikeluarkan terhadap dua premis di King Centre kerana didapati tidak mematuhi kehendak berhubung tugas am pemunya premis dan tidak mematuhi kehendak berhubung pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan.

Justeru, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kuching Sabri Sahari berkata tindakan-tindakan yang telah dikenakan itu diharap akan menjadi amaran kepada pengusaha premis dan peniaga makanan di seluruh negeri ini amnya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kami akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan saya berharap semua peniaga makanan akan menjalankan pembersihan ke atas premis dan gerai masing-masing supaya tidak dikenakan tindakan yang lebih agresif daripada pihak kami," katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Premis Makanan Bersih di King Centre, semalam.

Selain itu, Sabri turut mengingatkan kepada pengendali makanan supaya mendaftar dengan Kementerian Kesihatan selain melakukan pemeriksaan kesihatan kerana tanpa pematuhan dua perkara tersebut, mereka juga boleh dikenakan kompaun.

Terdahulu, pada sidang media di Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamarudin Lajim telah menegaskan bahawa mana-mana premis makanan yang didapati tercemar oleh urungan tikus dan lipas akan diarahkan tutup serta-merta.

"Tiada kompromi, mana-mana peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan akan berdepan tindakan premis ditutup dan kompaun.

"Peraturan ini ditetapkan kepada semua peniaga makanan sama ada di premis, kantin atau jalanan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pengguna khususnya di sini supaya lebih sensitif mengenai kebersihan makanan yang dijual dan membuat aduan segera kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di talian 082-244505 atau e-mel ke sitinoorhuda@moh.gov.my.

"Pengguna disarankan supaya membuat aduan jika mendapati premis atau makanan yang dijual tercemar dan pihak kami akan melakukan siasatan serta pemeriksaan dengan segera," katanya.

Sementara itu, terdapat 33 perkara ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan amaun kompaun adalah ditawarkan mengikut empat kategori premis iaitu dari RM100 hingga RM5,000.

Kategori satu merangkumi kilang pemprosesan/pengeluaran makanan, pasar raya, pemborong, pengedar dan gudang manakala kategori dua merangkumi restoran, kedai makan, kafeteria, katerer, kantin dan dapur asrama.

Kategori tiga pula merangkumi gerai, pasar mini serta kedai runcit dan kategori empat merangkumi penjaja bergerak, penjaja statik, penjaja pasar malam, pasar awam serta pasar tani.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Harga <b>makanan</b> – Pengguna FB kecewa | Kuala Lumpur Post

Posted: 17 Dec 2013 09:13 PM PST

Blues Malaysia Tour
http://www.kualalumpurpost.net/blues-malaysia-tour-18th-dec-2013-7pm-1-mont-kiara-courtyard/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

upKOTA KINABALU – Kadar kenaikan barang makanan yang tinggi menjadi bahan perbincangan di laman sosial facebook konsumer.

Warga bandar mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa dalam pemantauan harga di sekitar bandar yang meningkat tinggi terutamanya di sekitar pusat beli belah di pusat bandar di Sabah.

Kegagalan oleh pihak penguasa mengawal kenaikan harga makanan menyebabkan pengguna terpaksa bertindak sendiri dengan mewujudkan laman sosial bagi berkongsi maklumat tentang harga tinggi makanan kedai.

Kemasukan pelancong dari luar negara yang meningkat melawat di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu dikatakan juga penyebab kenaikan harga makanan yang tidak terkawal.

Adam, bukan nama sebenar yang berkerja di syarikat kewangan di pusat bandar berkata harga makanan semakin meningkat sejak peningkatan pelancongan yang datang terutamanya dari China, Taiwan dan Korea.

Ada kedai makanan dikenali "tourist trap", perangkap pelancong yang mengenakan harga yang sangat tinggi kerana mereka tahu pelancong tidak akan mempersoalkan harga yang dikenakan.

Beliau pernah dikenakan harga RM2.50 bagi segelas milo panas di kedai makanan nasi ayam terkenal, manakalah kedai lain hanya mengenakan minuman sejuk sekitar RM2.20 dan RM2.50.

Dilaporkan bahawa nasi dengan dua jenis lauk mencecah harga RM14 disebuah kedai makan layan diri yang terletak di pusat beli belah Wisma Merdeka.

Kenaikan harga makanan juga dilaporkan merebak di sekitar Kota Kinabalu seperti di Pekan Dongongon, Penampang, Kolombong, Kedai di Damai dan Lintas.

Seorang pengguna Facebook mendakwa, makanan yang dibeli dari kedai yang terletak di Megalong Penampang mengenakan harga sebanyak RM15 hanya untuk lauk dua ekor ikan dan sup campur.

Pendedahan tersebut mengejutkan pelayar laman sosial tersebut yang marah akan harga yang dikenakan oleh peniaga tersebut.

Harga makanan di kedai makan sekitar bandar yang tidak terkawal ini menyebabkan kerisauan dikalangan penduduk yang melihat kos sara hidup mereka meningkat.

Kebanyakan pengguna tidak dapat berbuat apa apa melainkan mengelak makan ditempat yang mahal dan masak sendiri di rumah.

Kenaikan ini dikaitkan dengan kenaikan harga keperluan asas seperti gula, minyak dan petro/diesel yang menyebabkan kenaikan rantaian bagi semua barangan yang berkaitan terutamanya makanan dan minuman.

Peniaga di pusat bandar Kota Kinabalu menjelaskan kepada FMT, kenaikan tidak dapat dielakkan kerana kenaikan bahan mentah, kenaikan kos sewa kedai dan upah perkerja.

Penguatkuasaan gaji minimum di Sabah sebanyak RM800 juga menjadi penyumbang kepada kenaikan kos pembuatan dan pengguna terpaksa dibebani dengan jumlah penambahan tersebut.

Tambahan pula, kos sewa yang sejumlah RM3,000 – RM5,000 juga penyumbang kepada kenaikan dalam harga barangan kerana terletak di dalam pusat perniagaan bandar (central business center) terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan Gaya dan Jalan Pantai.

Menurut seseorang pemerhati politik tempatan, kekusutan dalam isu kabotaj juga penyumbang utama kepada kenaikan berleluasa di sekitar bandar utama sabah.

Kebanyakan barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak dibawa masuk melalui pusat perlabuhan di semenanjung sebelum dihantar untuk kegunaan di Sabah.
Kebanyakan barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak dibawa masuk melalui pusat perlabuhan di semenanjung sebelum dihantar untuk kegunaan di Sabah.

Ini menyebabkan pengguna terpaksa menampung kos pengangkutan yang dikatakan hanya dikendalikan oleh syarikat pengangkutan utama.

Kekurangan kilang proses makanan asas seperti gula, minyak dan tepung di Sabah juga menyebabkan bahan proses terpaksa diimport dari negara lain terutamanya di semenanjung.

Tambahan kuota yang diberikan oleh pengeluar kepada Sabah adalah sedikit kerana keutamaan diberikan kepada pusat bandar dan kawasan yang terdekat dahulu.

Ini menyebabkan kekurangan bekalan utama seperti gula, minyak dan petrol/diesel di kawasan bandar dan perdalaman di Sabah dengan tambahan kos pengangkutan yang mahal.

Kemerosotan kawasan pertanian terutamanya padi yang ditukar menjadi kawasan perindustrian dan perniagaan di Sabah juga menjadi factor kepada kenaikan kos makanan di Sabah.

Kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan aktiviti mempelbagaikan jenis pengeluran barang makanan selain hanya minyak kelapa sawit untuk keperluan pasaran tempatan, menurut sumber FMT.

No comments:

Post a Comment