Monday, 27 January 2014

Blog Makanan di Sabah: Gambar makanan tradisional | Pelajaran ... - Blog Makanan di Sabah

Blog <b>Makanan di Sabah</b>: Gambar makanan tradisional | Pelajaran <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah


Blog <b>Makanan di Sabah</b>: Gambar makanan tradisional | Pelajaran <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 11:13 PM PST

KOTA KINABALU — Kira-kira 25 premis sekitar bandar raya ini
mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang
menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian bermula
11.45 malam itu melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di
Luyang dan tiga bank di Inanam.

(BACA – Update : Gambar) Tembakan Misteri Di 20 Lokasi Di Kota Kinabalu Malam Tadi – Angkara Siapa?)

"Kejadian selama sejam itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan,
pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan segera," katanya pada sidang akhbar
di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
mendapati kejadian itu dilakukan sekumpulan enam remaja menggunakan senapang
angin berpelurukan guli.

"Kesemua premis terlibat mengalami kerosakan seperti cermin pecah dan kesan
lubang pada bahagian pintu dan dinding kaca. Pemeriksaan awal menemukan tiga
biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu,"
katanya.

Jauteh berkata rakaman CCTV itu juga menunjukkan dua daripada kenderaan yang
digunakan sekumpulan remaja terbabit dalam kejadian itu adalah pacuan empat
roda.

Beliau menyifatkan kejadian yang dilakukan secara serentak itu adalah
'perbuatan sekumpulan remaja nakal' yang bertujuan menimbulkan kerisauan di
kalangan masyarakat umum.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Juateh turut menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan perbicaraan 30
individu yang didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta
terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah awal tahun lepas, yang
sedang berlangsung di Penjara Sabah.

Polis masih mengesan identiti kesemua suspek menerusi rakaman beberapa
kamera litar tertutup, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutama penduduk di sekitar
bandar raya ini agar tidak panik dengan kejadian itu.

Jauteh juga meminta orang ramai yang melihat sebarang kegiatan mencurigakan
atau jenayah terutama melibatkan senapang angin supaya menghubungi Ibu Pejabat
Polis Karamunsing melalui hotline 088-221191 atau menghubungi beliau di talian
019-8039520.– BERNAMA

Penjelasan OCPD KK Berhubung Tembakan Misteri Di Kota Kinabaluhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/lokasi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/lokasi-150x150.jpg11 January 2014 MyNewsHub myHangatUtama,

KOTA KINABALU -- Kira-kira 25 premis sekitar bandar raya ini mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian bermula 11.45 malam itu melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga bank di...

KOTA KINABALU -- Kira-kira 25 premis sekitar bandar raya ini mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian bermula 11.45 malam itu melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga bank di Inanam. <strong><a href="http://redirect.viglink.com?key=11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0&u=http%3A%2F%2Fredirect.viglink.com%3Fkey%3D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%26amp%3Bu%3Dhttp%253A%252F%252Fmynewshub.my%252F2014%252F01%252F11%252Ftembakan-misteri-di-20-lokasi-di-kota-kinabalu-malam-tadi-angkara-siapa%252F%2523.UtEXILRLtrs" target="_blank">(BACA - Update : Gambar) Tembakan Misteri Di 20 Lokasi Di Kota Kinabalu Malam Tadi – Angkara Siapa?)</a></strong> "Kejadian selama sejam itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan, pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan segera," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu dilakukan sekumpulan enam remaja menggunakan senapang angin berpelurukan guli. "Kesemua premis terlibat mengalami kerosakan seperti cermin pecah dan kesan lubang pada bahagian pintu dan dinding kaca. Pemeriksaan awal menemukan tiga biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya. Jauteh berkata rakaman CCTV itu juga menunjukkan dua daripada kenderaan yang digunakan sekumpulan remaja terbabit dalam kejadian itu adalah pacuan empat roda. Beliau menyifatkan kejadian yang dilakukan secara serentak itu adalah 'perbuatan sekumpulan remaja nakal' yang bertujuan menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat umum. Tiada kecederaan dilaporkan. Juateh turut menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan perbicaraan 30 individu yang didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah awal tahun lepas, yang sedang berlangsung di Penjara Sabah. Polis masih mengesan identiti kesemua suspek menerusi rakaman beberapa kamera litar tertutup, katanya. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutama penduduk di sekitar bandar raya ini agar tidak panik dengan kejadian itu. Jauteh juga meminta orang ramai yang melihat sebarang kegiatan mencurigakan atau jenayah terutama melibatkan senapang angin supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Karamunsing melalui hotline 088-221191 atau menghubungi beliau di talian 019-8039520.-- <strong>BERNAMA</strong>


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger

Posted: 18 Jan 2014 03:45 AM PST

Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Dalam entri ini, saya menyenaraikan beberapa makanan tradisi bagi suku kaum kadazandusun.
Hinava

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

Noomsom

            ikan (sada)                                tuhau (sejenis ulam)                     bambangan (buah)
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.
Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.
Bosou

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.
Cara Pembuatan:
Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. Pangi iaitu sejenis bahan pengawet juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.
Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup kemas dan kedap udara.
Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan (tajau), tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.
Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Tuhau

           batang tuhau                                       hidangan                                boleh juga dijual
Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E. coccinea (nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah. 
Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau dihancurkan. Biasanya tuhau akan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila masa.
Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing)
Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah.
Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
 http://blogsanasini.blogspot.com

Blog <b>Makanan di Sabah</b>: Pengusaha kantin masih letak harga <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2014 03:32 PM PST

by Siti Aisyah Narudin & Suraidah Roslan. Posted on January 8, 2014, Wednesday

KOTA KINABALU: Walau berlaku kenaikan harga gula dan barangan lain, beberapa pengusaha kantin di negeri ini masih menetapkan harga berpatutan untuk makanan dan minuman yang dijual.

Pembantu pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 2 yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, mereka masih lagi mengekalkan harga makanan dan minuman yang dijual di situ pada harga yang sama.

Katanya, setakat ini mereka tidak menaikkan sebarang harga makanan mahupun minuman di kantin sekolah berkenaan.

"Walaupun harga ais sudah naik tetapi kami masih mengekalkan harga minuman pada harga yang sama.

"Jika dahulu, kami menjual segelas minuman pada harga RM1, kini kami masih menjualnya pada harga yang sama," katanya ketika ditemui di kantin sekolah itu, di sini kelmarin.

Hasnah berkata, adiknya Dg Halimah Mumin yang mengusahakan kantin itu dan beliau hanya membantu menguruskan kantin berkenaan sahaja.

Beliau berkata, mereka sudah mengusahakan kantin itu selama hampir dua tahun.

Sementara itu, Guru Besar SK Serusup Rosnih Laudin berkata, setakat ini harga makanan yang dijual di kantin sekolah itu masih sama seperti sesi persekolahan lepas.

Beliau berkata, harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan tidak membebankan pelajar berbelanja di kantin.

"Tender bagi kantin sekolah bertukar setiap dua tahun dan tahun ini kami masih menggunakan pengusaha kantin yang sama.

"Sehubungan itu, mereka perlu mengikut harga sebagaimana yang ditetapkan dalam tender," katanya.

Rosnih berkata, walaupun berlaku kenaikan harga barangan seperti gula sekarang, pengusaha kantin perlu bijak dalam menyediakan kuantiti jualan dengan menetapkan harga yang berpatutan.

Bagi Zanawati Maradan, ibu bapa perlu prihatin dan mengambil tahu jika berlaku sebarang kenaikan harga makanan di kantin sekolah anak masing-masing.

Ini kerana katanya, ada dari kalangan anak-anak yang belum tahu berbelanja secara bijak dan hanya membeli mengikut kemahuan mereka.

"Dalam hal begini, keprihatinan ibu bapa amat diperlukan bagi mengelak anak-anak terlebih berbelanja.

"Pada masa sama, mereka juga dapat mengetahui harga makanan yang ditetapkan di kantin sama ada berlaku kenaikan atau pun tidak," jelasnya.

Beliau yang berpengalaman mengusahakan kantin turut bersetuju sekiranya ada pengusaha kantin yang menaikkan harga makanan.

Namun katanya, kenaikan harga yang dibuat hendaklah berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan dan tidak membebankan pelanggan.

Seorang ibu pelajar, Maryanne Andrew berkata, kenaikan harga makanan di kantin sekolah SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu agak membebankan ibu bapa.

Katanya, sekolah itu mempunyai dua kantin dan harga di salah sebuah kantin itu terlalu mahal.

Beliau berkata, jika mempunyai lebih dari seorang anak yang bersekolah di situ, maka lebih banyak wang saku yang perlu ditambah.

Katanya, memandangkan beliau mempunyai tiga orang anak yang bersekolah di situ, maka perbelanjaan persekolahan anak-anak juga bertambah.

"Jika dahulu wang saku anak-anak hanya antara RM3 hingga RM4 setiap seorang, tetapi kini hanya anak bongsu saya yang berada di Tahun 3 sahaja berbelanja RM3 sehari. Manakala, anak saya yang berada di Tahun Empat, belanjanya RM4 dan bagi anak yang Tahun Enam, belanjanya sehari adalah RM5," jelasnya.

Menyentuh mengenai kenaikan harga makanan di sekolah itu, beliau berkata, makanan seperti jejari ayam, yang dahulunya dijual RM1 untuk empat ketul, kini hanya tiga ketul untuk harga yang sama.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

No comments:

Post a Comment