Wednesday 30 April 2014

Terbaru..Gambar Makanan Pelik Yang Terdapat Di Malaysia - KOPI - Blog Makanan di Sabah

Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang Terdapat <b>Di</b> Malaysia - KOPI - Blog Makanan di Sabah


Terbaru..Gambar <b>Makanan Pelik</b> Yang Terdapat <b>Di</b> Malaysia - KOPI

Posted: 28 Apr 2014 03:37 AM PDT

Resep Masakan Indonesia – Kumpulan Resep Masakan Beserta … ‎ Resep Masakan yang kami tampilkan adalah resep masakan beserta gambar. Anda juga gambar makanan bisa Download Resep Masakan Indonesia. Gambar Step-by-Step: Cara membuat makanan tradisional Korea … ‎ Kimchi merupakan makanan tradisional Korea. Kimchi boleh dibuat daripada napa cabbage(kobis cina) timun lobak dan daun bawang. Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional dengan mudah ‎ Gambar step-by-step : Cara membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah! Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum Di Malaysia | Mari Belajar … ‎ Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional makanan dan budaya … Gambar-gambar di atas menunjukkan pakaian tradisional

tiga kaum … Makanan Tradisional Suku Kaum Bajau. ‎ DENGAN IN SAYA TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA GAMBAR MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH. ANTARA … Budaya Indonesia – Wikipedia bahasa Indonesia ensiklopedia bebas ‎ 2.1 Rumah adat; 2.2 Tarian; 2.3 Lagu; 2.4 Musik; 2.5 Seni Gambar; 2.6 Seni Patung; 2.7 Pakaian Adat; 2.8 Seni Suara;

2.9 Seni Sastra; 2.10 Makanan; 2.11 gambar makanan sehat Film … Tari tradisional bagian dari budaya daerah yang menyusun kebudayaan … ana jingga: Makanan Tradisional di Malaysia ‎ makanan tradisional malaysia pelbagai kaum. … GAMBAR : Sekitar Majlis Tayangan Perdana Filem Balistik. Seminggu yang lalu. iko chocolito. MAKANAN TRADISIONAL INDIA ‎ Contoh gambar-gambar roti tempayan atau roti naan : … Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini merupakan gambar makanan satu makanan … gambar makanan tradisional – PeNdIdiKaN sIViK … ‎ gambar makanan tradisional. jom kenal2 makanan tradisional malaysia. Makanan Melayu memang terkenal sebab rasanyer yang pedas dan … Gambar Makanan ‎ Menurut jurnal itu melihat gambar makanan memang bisa menimbulkan selera … Akan berbeda jika kita melihat daftar menu di rumah makan tradisional. Jom Masak & Makan: KUIH MUIH TRADISIONAL ‎ KUIH MUIH TRADISIONAL …. gambar makanan sehat Cara-cara: Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah. …. Dodol kukus makanan tradisi makin dilupakan. makanan tradisional negeri sabah – makanan istimewa negeri … ‎ Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazan dusun ini amat … tradisional yang 'Famous' di sabah ialah seperti dua gambar yang … Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland … ‎ Sep 27 2013 – Gambar Makanan 25 posts – ‎24 authors Kiviak adalah makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan ianya adalah diperbuat daripada burung (Auk) yang disumbat di … Contoh Gambar Makanan Tradisional Dan Contoh … – Tipspedia ‎ gambar lemak perut Makanan untuk membakar lemak – Bagaimana cara membakar

lemak di perut ? Lemak perut yang berlebihan dapat mengancam … OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di … ‎ OMG : Kiviak Makanan Jeruk Burung Tradisional Yang Terkenal Di Greenland (7 Gambar) Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat: 10 GAMBAR MAKANAN … ‎ Ini pula makanan tradisional orang Scottish. Makanan ini deperbuat daripda hati jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicincang dan … Makanan Tradisional — Blogs Gambar dan yang lainnya di … ‎ gambar makanan tradisional Sudah agak jarang menemukan camilan khas parahyangn ini. Tidak seperti siomay cilok atau cakue mini yang tersebar hampir

di depan depan sekolahan SD. Makanan Tradisional: Cina ‎ Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. … makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. MAKANAN TRADISIONAL ‎ Kongsikan bersama Koleksi Negeri Pahang gambar kenangan anda di Negeri Pahang berserta dengan 'Caption'. Hantar kepada kami untuk kami himpun … Lihat Gambar Makanan Bikin Lebih Cepat Kenyang – VIVAlife ‎ Terlalu banyak melihat gambar makanan justru tak memancing nafsu … Pizza burger steak cake sampai berbagai makanan tradisional. WARISAN TIMUR: KUIH MUIH TRADISIONAL MAKIN DILUPAKAN ‎ Jom kita lihat gambar-gambar dibawah. … Kenapa tidak juga kita memperkenalkan makanan tradisional kita terutamanya kuih muih tradisional … Gambar Permainan Tradisional Melayu – Slide ‎ Gambar Permainan Tradisional Melayu. by Aisya Humaira' Trainee Teacher at Institut Pendidikan Guru on Dec 30 2011. 6 770 views. Permainan Tradisional … Enaknya gambar makanan tradisional apa ya buat dijadikan batik … ‎ Sate aja. Bikin gambar beberapa sate dgn posisi kayak bintang * ukuran dan jumlahnya yah terserah berapa tusuk muatnya di buku gambar. RESTORAN MAKANAN PALING SEGAR DAN MENJIJIKKAN 8 … ‎ penemuan baru 8 gambar lada kerutu yang lebih pedas dar.. 8 Makanan Rahsia Kekal … berita makanan tradisional yang pelik lagi menjijikkan. Langsung Tak … Blog Sana Sini: Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah ‎ Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan …. Ikan Kepala Babi

Menggemparkan Penduduk Palembang (2 GAMBAR). Gambar-makanan-tradisional-beserta-penjelasannya | buah untuk diet ‎ Cara Cepat Mendapatkan Kehamilan – Makanan bergizi adalah salah satu faktor penunjang agar cepat mendapatkan kehamilan. Konsumsi … (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan – ‎ Ohsenyum : (7 Gambar) Makanan Pelik Dan Menggelikan. Kiviak adalah Sejenis makanan tradisional untuk musim sejuk di Greenland dan … Kumpulan Foto Gambar Unik – gambar makanan tradisional Kumpulan Gambar dan Foto ‎ Kumpulan foto gambar unik ini bisa membuat anda terkagum-kagum akan hasil fotograpi … Senjata Unik | Gambar Senjata Tradisional Indonesia · 50 Gambar unik | Foto Unik …. Gambar Bentuk Makanan Unik Aneh Lucu dan Kreatif. 20 Permainan Tradisional yang Sudah Jarang Dimainkan di Jaman … ‎ Karena itu saya rangkum permainan tradisional yang sudah jarang di …. dengan membuat gambar kotak-kotak kemudian melompat dengan satu kaki dari kotak … Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun | 1001 Rasa Malaysia ‎ Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana … Gambar-gambar ini mempamerkan beberapa makanan … Makanan Tradisional India | 88DB Guide Feed – 88DB Blog ‎ Gambar i: Pembuat roti canai Setiap

bangsa mempunyai makanan tradisi masing-masing. Tidak kira makanan tradisional Melayu Cina India … Gambar Makanan Tradisional Kaum Melayu – ‎ Tarian tradisional melayu riau Gambar tarian nias pencipta taritarian indonesia pengertian pakaian tradisional …… gambar permainan tradisional – Scribd ‎ gambar permainan tradisional – Free download as Text file (.txt) PDF File (.pdf) Word Doc (.doc / .docx) or read online for free. MAKANAN TRADISIONAL – ProProfs ‎ MAKANAN TRADISIONAL … MAKANAN TRADISIONAL … 6. BERDASARKAN GAMBAR YANG MANAKAH MAKANAN TRADISIONAL? Gambar Makanan Tradisional Kelantan | Darkbatman ‎

Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan · Tips Mengatasi Sakit Belakang · 6 Cara Melegakan Otot Badan l Bina Badan · Bapa Paling Bergaya

… Sejarah Bola Sepak Kedah – Galeri Gambar – Memori Kedah ‎ kelihatan di gambar Datuk Seri Sanusi Junid menjulang piala FA yang dimenangi … Robert Rene Albert jurulatih import Kedah yang telah menyambung tradisi … Makanan Melayu Tradisional: Gambar kumpulan kita ‎ Makanan Melayu Tradisional. Wednesday August 18 2010. Gambar kumpulan kita. Posted by Makanan Tradisional Melayu at 5:40 PM · Email ThisBlogThis! Masakan Tradisional Jawa Timur Foto Gambar untuk … – Zomato ‎ Foto untuk Masakan Tradisional Jawa Timur Hayam Wuruk Jakarta. Masakan Tradisional Jawa Timur Gambar Masakan Tradisional Jawa … Gambar makanan tradisional iban ‎ Overview: Get More Information And Guides about Makanan Tradisional Iban and review our other guides and tips articles similar to Makanan Tradisional Iban … :: Masakan Tradisi Etnik di Sabah | .a little dream. ‎ okay bagi kaum Brunei sebenarnya banyak makanan tradisi tapi nda kan … gambar d atas ni plak ialah masakan Lauk Ampap. kaum Kedayan … Makanan Indonesia: gambar makanan tradisional ‎ gambar makanan tradisional. 1. Nasi Pecel. makanan khas dari madiun. sumber : . 2. Kerak Telur. makanan khas dari … Makanan Tradisional Orang Sabah. : The Food Channel – Page 3 … ‎ Apr 17 2009 – 15 posts – ‎10 authors At last jumpa juga saya images makanan tradisional orang Bajau dari sebelah …. gambar masakan tidak sama dengan penerangan..tidak … Gatot hitam lebih menggoda – Wisata Gunungkidul | Pesona … ‎ Gatot sebuah makanan ringan atau jajanan khas gunungkidul. Gatot biasa

dikonsumsi … aku yo nduwe gambar makanan tradisional ning … My Resipi: Masakan Tradisional ‎ Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di adalah hakmilik tuan punya … Resipi di dalam kategori "Masakan Tradisional" (8 Resepi). Ringkasan Peraduan – Japan Photo Contest 2013 – 2014 ‎ Kami menerima penyertaan gambar percutian ke Jepun mengikut 6 tema iaitu "Otaku" "Fesyen" "Makanan" "Tradisi" "Alam Semulajadi" dan …

Blog Makanan di Sabah - Blogger - Blog Makanan di Sabah

Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger - Blog Makanan di Sabah


Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger

Posted: 21 Apr 2014 11:39 PM PDT


MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL

ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG

Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM),

ABSTRAK

Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola.

( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang )

PENDAHULUAN

            Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi.

ASAL USUL NAMA RAUB

            Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold".

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang).

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'.

Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.

Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'.

Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu.

Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang.

            Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan..

MASYARAKAT RAO DI RAUB

            Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak.

            Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri.

MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:

Bil.

Nama Makanan Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Makanan Tradisional Rao di Raub

1

Masak Asam Ikan Keli

Gulai Asam Ikan Kalang / Keli / Puyu

Anyang Botik

3

Gulai Birah

4

Gulai Botik

Gulai Betik Muda

5

Gulai Lomak Rebung

Gulai Lemak Rebung

6

Lasiak Tutuk

7

Rondang Pakih

Pindang Pucuk Paku

8

Asam Lauk

9

Pongat Masin

Pengat ( Ubi Kayu, Ubi Keladi, Kemili, Labu, Pisang )

10

Kueh Gelamei Buloh ( 3 Jenis )

Kelamai

11

Goring Bolut

Goreng Belut

12

Goring Ikan Sepat Ronggeng

Goreng Ikan Sepat Ronggeng

13

Pulut Kontang Dengan Kelapa Mudo

Nasi Pulut dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin

14

Gulai Rampai (Rimbang, Jantung Pisang, Pucuk Ubi)

Gulai Rampai - Jantung pisang, pucuk ubi, terung pipit, pucuk paku, terung telunjuk, ubi keledek, petai, dan dauk kaduk ( diperasakan dengan asam tempoyak atau asam rong.)

15

Masak Asam Kobau/Daging/Khosa

Gulai Rebus ( Jantung, Paru, Limpa, Perut, Hati, Daging, Usus Kerbau/Lembu )

16

Gulai Pisang Mudo

Gulai Lemak Pisang Emas / Pisang Nangka

17

Gulai Korumbia Mudo

18

Gulai Duda Bulong Gadung

19

Gulai Lomak Nangko

Gulai Lemak Nangka

20

Samba Karumbia

21

Ponget Lauk

22

Asam Roruong

23

Sagun-sagun

Sagun

24

Ulom Sayur

Ulaman ( Pegaga, Serai Kayu, Ulam Raja, Daun Kaduk, Daun Mengkudu, Daun Putat, Daun Tenggek Burung, Daun Sekentut, Salon, dan lain-lain )

25

Robus Ubi / Kolak Ubi

Rebus Ubi Kayu / Rebus Ubi Kemili, Rebus Keledek

26

Kerabu Pakih Dengan Porut

Kerabu Pucuk Paku Dengan Perut / Kerang

27

Kueh Serabai

Kuih Serabai / Lempeng

28

Lopek Gobu

Lepat Pisang, Lepat Ubi Kayu, Lepat Labu

29

Ponget Pisang Abu

Pengat Pisang Kelat Abu / Pisang nangka

Gulai Keladi Kemahang

31

Gulai Siput Sungai

32

Gulai Tempoyak Ikan Patin / Kalang / Baung / Lampam / Kerai / Jelawat

33

Gulai Darat ( Daging Kerbau / Lembu / Kambing )

34

Gulai Asam Rong Ayam kampung

35

Kuih Apam Bokor

36

Masak Sayur Manis Cemperai / Bayam

37

Masak Sayur Manis Kulat Tahun

38

Sambal Hitam ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh yang Rebus ).

39

Sambal Hijau ( Lada Burung+Ikan Bilis+Buah Belimbing Buluh )

40

Sambal Tumis ( Ikan Bilis atau Kerang di campur dengan petai )

41

Pindang Maman / Pucuk Paku

42

Pincuk Bolai / Daun Betik+Bunga Betik / Umbut / Jantung Pisang

43

Cemang Kepayang

44

Bubur Cirit Murai

45

Bubur Kacang

46

Bubur Asyura

47

Serawa Durian ( Di makan bersama nasi pulut )

48

Bubur Pulut Hitam

49

Emping Padi

50

Kekalu ( dari Padi Muda )

51

Lemang ( Pulut, Jagung, Labu )

52

Dodoi ( Termasuk Dodoi Kukus )

53

Baulu Cermai

54

Pulut Kuning

55

Gulai Umbut Kabung / Kelapa / Bayas

56

Gulai Umbut Batang Pisang

57

Kerabu Jangat ( Kulit Kerbau )

KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB

            Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:

Bil.

 Nama Kesenian Tradisional Rao di Rao, Pasaman

Nama Kesenian Tradisional Rao di Raub

1

Tarian Rontak Kudo / Onjai

Tari Tandak

2

Seni Tingkah Losung Panjang

Seni Tingkah Lesung

3

Seni Bongsilau ( Kaco Pocah )

Seni Pijak Kaca Pecah

4

Seni Lukah Gilo

Tari Lukah

5

Seni Zikir Rao

Ratib Tegak

6

Seni Bombongan

7

Seni Kobar

8

Seni Kompang

Seni Kompang

9

Seni Tortor

10

Seni Gordang Sembilan

Seni Gendang / Tetawak

11

Seni Musang-Musang

12

Seni Tari Gelombang ( Silat Persembahan / Silat Pulut )

Seni Tari Silat / Silat Pulut

13

Seni Tidor Di Ateh Duri

14

Seni Gamat Pasar Rao / Bodendak

Joget Lambak

15

Seni Tandang Boinei

Seni Berinai

16

Adat Perkahwinan antara Nogori

Adat Perkahwinan Rawa

17

Adat Turun Memandi

Adat Mandi Berlimau

18

Adat Menjojak Tanah ( Pantang Tanah )

Adat Memijak

19

Adat Menjolang Rajo

20

Adat Markusib

21

Adat Melonjong

22

Adat Merpege-pege

22

Adat Onang-Onang

23

Tari Piring

24

Tari Zapin

25

Tari Inang

26

Tari Pedang

27

Adat Merisik ( Nikah Kahwin )

28

Adat Bertunang ( Nikah Kahwin )

29

Adat Berderau / Gotong-royong

30

Adat Melenggang Perut ( Nikah Kahwin )

31

Adat Bertungku ( Nikah Kahwin )

32

Adat Mandi Minyak

33

Seni Silat Bela Diri

KATA PENUTUP

            Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan.

            Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini.

TAMAT

DAFTAR PUSTAKA

Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi.

Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta.

Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok.

Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia.

Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing

Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP

Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres
_____ (2004) Konflik Lahan Perkebunan 1930-1960. Padang: Lipi

Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources

Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak

Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org.

Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com

BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI

Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.  Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa.

Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger

Posted: 28 Mar 2014 03:37 PM PDT

Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya?

Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia

1. Tupai Masak Black Pepper Dari Gopeng, Perak

Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. 

Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Noooo....

2. Hinava - Kerabu Ikan Mentah Dari Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. 


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Ingat jepun je makan ikan mentah...haa pun bolehh

 Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
apa kata survey??

Teruskan Pembacaan...


3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah.
bharian.com.my

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Nah kauuu...amikkk

4. Belut Dimasak dengan Style Melayu

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Ia juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Kutippp kutippp... buat laukkk

5. Sup Kaki Ayam

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam..


6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Auchhh..!!!

7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... 

Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang...

8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah. 
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair"


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 
Sebelum dan selepas...huhhh

9. Ulat Mulong Atau Ulat Sagu Dari Sabah/Sarawak 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. 


Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

 Goreng pun sodappp....

P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P

Selongkar Makanan