14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan tradisional di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah |
- 14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan tradisional di</b> <b>...</b>
- <b>sabah</b> negeri yang kaya dengan kepelbagaian <b>makanan</b> tradisoanal
- Blog <b>Makanan di Sabah</b>: Bercuti Ke <b>Sabah</b> 2013/2014 - Diari Si <b>...</b>
- Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang Pelik Tapi Benar <b>...</b>
14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan tradisional di</b> <b>...</b> Posted: 14 Jan 2014 04:04 AM PST Sesuai dengan Tahun melawat malaysia tahun ini, Pengusaha Tani Randagong Lama Ranau Jamelah Lawa, 41 tahun mengambil inisiatif memasarkan pelbagai produk makanan tradisional secara komersial. Ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu Jamela memberitahu setakat ini beliau menghasilkan 10 jenis makanan tradisi melalui kaedah jeruk dan serunding. Produk serunding dan jeruk ini antaranya dihasilkan daripada tuhau, bambangan, ikan, lada putih dan bunga betik. Hasil Program TRUS-MId yang diikutinya Disember tahun lepas, beliau merancang untuk menubuhkan sebuah bengkel pemperosesan makanan tradisional di kampung Randagong Lama. Beliau berharap kerajaan akan terus memberi peluang kepada peniaga industri kecil sederhana mengikuti program latihan dan kursus perniagaan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Rita/f-up-an ~mfja~ This entry was posted in BERITA RADIO. Bookmark the permalink. | ||||||||||||||||||||||||
<b>sabah</b> negeri yang kaya dengan kepelbagaian <b>makanan</b> tradisoanal Posted: 12 Jan 2014 09:19 AM PST Sabah ialah salah satu daripada 13 buah negeri yang ada di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo. Sabah dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu. Sabah juga dikenali sebagai negeri yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, etnik dan tempat perlancongan yang menarik. Selain itu, tidak lupa juga pada makanan tradisi yang pelbagai, yang ada di negeri Bawah Bayu ini. Sabah kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang diperkenalkan dari pelbagai etnik di Sabah. Antara makanan yang popular di Sabah ialah seperti ambuyat, Sagol dan kerak guri dan banyak lagi. Makanan tradisonal ini diperkenalkan oleh pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Setiap suku kaum yang ada di Sabah ini mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dan masing-masing mempunyai rasa, teksture, warna, dan kaedah yang unik dan menarik. Makanan tradisional yang ada di Sabah ini turut mendapat sambutan di dalam Malaysia dan luar Negara.
Sebut sahaja mengenai masyarakat suku kaum cocos, etnik ini turut tidak ketinggalan dengan makanan tradisional yang amat popular dalam kalangan mereka. Masyarakat cocos terkenal dengan makanan yang amat popular iaitu kerak guri. Kerak Guri ialah sejenis makanan berupa snek dan boleh juga dijadikan makanan berat seharian. Kerak guri ialah nasi yang di buat di atas kuali besar dan diratakan. Makanan ini mengambil masa selama setengah jam untuk ia betul-betul menjadi kerak nasi yang rangup. Sememangnya snek ini amat sedap dan rangup jika di makan dengan serunding daging ataupun kelapa. Juadah ini amat sesuai jika dinikmati pada sebelah petang dan malam sambil bersantai bersama keluarga. Perlu di ketahui juga iaitu lauk Ikan Berengkes adalah salah satu lauk yang paling popular dalam kalangan masyarakat cocos. Ikan berengkes adalah sejenis sambal ikan haruan yang di masak menggunakan kunyit dan asam. Lauk ikan ini sesuai di makan dengan nasi dan menjadi hidangan lauk untuk makan malam dan sebagainya. Uniknya, lauk ikan beregkes ini juga boleh di makan bersama snek tadi iaitu Kerak Guri. Kedua-dua makanan tradisi masyarakat Cocos ini amat unik dan sedap kerana hasil daripada air tangan orang-orang cocos situ sendiri. Sebagai sumber pengetahuan masyrakat yang meminati makanan tradisional, Kerak Guri dan Ikan Berengkes ini adalah diantara makanan yang pernah di import di peringkat luar negeri. Keenakan kedua-dua makanan tradisi ini telah menarik minat pengaruh luar untuk mencuba dan seterusnya memperniagaan di peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada suku kaum Bisaya dan Cocos, Bajau juga mempunyai makanan tradisi yang sangat terkenal di Sabah. Makanan tradisi Bajau ini dikenali sebagai sagol. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan, biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal digunakan dalam proses pembuatan sagol ini. Isi-isi ikan yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau duri pada ikan buntal. Mencelur iaitu masak separuh ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering tanpa kuah dan sagol basah iaitu berkuah. Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya proses pembuatannya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. Selain itu, masih ada lagi makanan tradisi Bajau iaitu, Putu. Putu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain. Selalunya dimakan dengan makanan laut. Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Antaranya lagi, iaitu Tompek juga sejenis makanan tradisi Suku Kaum Bajau yang digemari masyarakat Sabah. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah. Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, makanan mentah terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. Makanan-makanan tradisi Bajau terdapat keunikan yang tersendiri dan rasanya yang enak seperti makanan tradisi suku kaum lain juga.
Seperti suku kaum lain juga, Masyarakat Kadazan Dusun juga mempunyai pelbagai makanan tradisi. Makanan Kaum Kadazan Dusun merupakan identiti masyarakat tersebut. Masyarakat Kadazan Dusun memiliki pelbagai jenis hidangan yang unik. Hidangan Kaum Kadazan Dusun diperbuat daripada sumber alam semulajadi. Kaum Kadazan Dusun yang tinggal di kampung masih lagi mengamalkan masakan cara tradisional. Selain itu, makanan ini juga di hidangkan dalam Pesta Keamatan yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, majlis perkahwinan, dam majlis-majlis lain. Antara jenis-jenis makanan Suku Kaum Kadazan Dusun ialah Noomson iaitu merupakan makanan tradisional yang istimewa dan paling popular bagi Kaum Kadazan Dusun. Noomson makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu Noomsom ataupun lebih dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis Noomsom yang ada dalam makanan tradisional Kaum Kadazan Dusun, antaranya ialah, Noomsom Sada, Noomsom tuhau, dan Noomsom Bambangan." Noomsom Sada" iaitu ikan yang menggunakan jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk dengan menggunakan isi buah Pangi yang telah ditumbuk, nasi dan garam. Selepas itu semua bahan tersebut akan dicampurkan dan akan dimasukkan ke dalam bekas kaca atau tajau kecil. Ianya akan dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari dalam proses penjerukkan sebelum boleh dimakan. Noomson Tuhau pula Isi tuhau yang telah dihiris, garam,cili merah dan jeruk dengan cuka. Bahan-bahan tersebut akan dicampurkan dalam satu tempat dan dimasukkan di dalam bekas botol dan akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan untuk dimakan. Akhir sekali, Noomson Bambangan iaitu isi buah Bambangan yang telah siap dihiris. Isi buah bambangan yang telah siap diparut akan diletakkan sedikit garam. Apabila semua bahan-bahan tersebut telah dicampur dan ianya akan dimasukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Rasanya cukup enak dan amat terkenal di Sabah.
Namun masyarakat kaum Rungus juga tidak tidak kurang hebatnya dalam konteks makanan tradisi walaupun kadar pendudukannya tidak meluas seperti etnik kaum yang lain di Sabah. Rungus ataupun lebih dikenali sebagai Dusun Laut hanya tertumpu di daerah Kudat. Terdapat makanan tradisi suku kaum Rungus yang popular dikalangan kelompok kaum Rungus iaitu buah –buahan yang dijerukkan dengan diletakkan isi ikan mentah seperti buah bambangan, mangga, betik dan sebagainya. Namun buah yang hendak dijeruk haruslah separuh masak dan semakin lama ianya dijeruk semakin tinggi nikmat kelazatannya. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras diamakan dan cara untuk menjerukkan adalah berbeza daripada buah yang lain iaitu menggunakan air panas dalam proses penjerukan. Makanan ini selalu digunakan untuk membuka selera dalam masyarakat kaum Rungus dan menikmatinya secara beramai-ramai. Manakala makanan tradisi yang dijadikan lauk untuk hidangan oleh masyarakat kaum Rungus yang sememangnya popular dikalangan masyarakat daerah Kudat. Terdapat dua makanan yang sememangnya jelas kelihatan terkenal dikalangan kaum Rungus iaitu Hinava Ikan Yu atau jeruk isi ikan yu dan Tinunuvan Soguntung atau lebih dikenali sebagai terung bakar. Hinava kaum Rungus berbeza dari suku kaum etnik yang lain kerana menggunakan isi ikan Yu dalam resipinya. Mereka mempercayai bahawa isi ikan Yu lebih lazat dijeruk berbanding ikan Tenggiri ,udang dan ikan yang lain dengan menggunakan air limau dalam proses penjerukkan. Hinava ikan Yu suku kaum Rungus selalunya dicampur dengan sayur yang dikenali Peria dan cili padi yang sememangnya menambah lagi kelazatan Hinava tersebut. Manakala Tinunuvan Soguntung atau dikenali sebagai terung bakar merupakan hidangan yang ala kadar tetapi kelazatan menyebabkan orang yang melihat pasti menggeliur. Hal ini disebabkan terung akan dicampur oleh limau,lada cili ,bawang dan ikan bilis dan diletakkan dalam terung bakar yang pasti akan menaikkan selera bagi sesiapa yang melihatnya. Terdapat juga makanan tradisi suku kaum Rungus yang mengkhususkan makanan utuk sarapan iaitu Tinonpis Roti atau dikenali sebagai roti ubi kayu dan Bintanok Dalai atau dikenali kuih jagung. Dapat dilihat bahawa bagaimana keunikan dalam kepelbagaian makanan tradisi suku kaum Rungus yang menarik selera masyarakat di Sabah dan pelancong luar. Semestinya kaum Rungus mempunyai makanan tradisi yang memperlihatkan identiti suku kaumnya seperi etnik yang lain. Secara keseluruhannya setiap suku kaum etnik di Sabah mempunyai makanan tradisi yang tersendiri bagi memperlihatkan indentiti diantara suku kaum dengan kaum yang lain. Dalam konteks makanan tradisi suku kaum di Sabah dapat memperlihatkan perbezaan semua kaum di Sabah yang menjelaskan identiti mereka. Semua suku kaum tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk makananan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun kini negeri Sabah sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah kemajuan dengan menerapkan bangsa kita dengan makan ala kemodenan, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak kelahiran negeri Sabah perlu menyahut cabaran bahawa makanan tradisional di Sabah mampu melepasi pasaran dunia sehingga ke antarabangsa seperti makanan-makanan yang lain malahan boleh menjadi sumber ekonomi dalam Negara Malaysia. Disediakan oleh : Nurul Fatihah Mustapa (BC12160221) NurBasiah Ismail (BC12110121) Suziana Halul (12110166) Abdul Rahman Bin Jalimin (BC12160195) Faizul Azmi Bin Rizely ( BC12160201) | ||||||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Sabah</b>: Bercuti Ke <b>Sabah</b> 2013/2014 - Diari Si <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 03:11 AM PST Tenom.... jarang sekali kita dapat baca pengalaman bloggers yang berkesempatan untuk bercuti di Tenom. Agaknya sebab ramai yang tidak berapa arif dengan destinasi pelancongan di Tenom, jadi Tenom terus dipadamkan dari aturcara lawatan mereka yang bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu. Selain daripada itu, jaraknya yang agak jauh dari Kota Kinabalu menyebabkan tidak ramai yang sempat untuk melawat Tenom. Jika memandu, ia akan mengambil masa di antara 2 setengah hingga 3 jam untuk sampai, sama ada melalui jalan Tambunan, Kimanis ataupun Sipitang. Sebenarnya memandu sambil menikmati sumandak keindahan alam dan kampung tradisional di pedalaman negeri Sabah memang mengujakan. Tiga jam pemanduan sememangnya tidak terasa. Jadi apa daya tarikan utama di Tenom terutamanya kepada pelancong tempatan mahupun asing? Antaranya..... Pekan Tenom - bila sampai Tenom kenalah lepak-lepak di Pekan Tenom. Di pekan ini anda boleh saksikan gelagat penduduk tempatan dalam urusan harian mereka. Jangan harapkan something yang marbeles di sini, Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan kecil, sekadar cukup untuk keperluan penduduk sekitar. Pusat Kebudayaan Murut @ Murut Cultural Centre - di bawah kelolaan Lembaga Kebudayaan Sabah. Murut merupakan suku kaum utama di daerah Tenom. Pusat Kebudayaan Murut merupakan lokasi paling sesuai kalau anda mahu mengenali sejarah dan perkembangan kaum Murut dengan lebih dekat. Taman Pertanian Tenom, Lagud Seberang - bumi Tenom khasnya, dan Sabah secara amnya cukup subur. Campak saja benih pasti bercambah dan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Taman Pertanian Tenom diwujudkan khusus untuk merancakkan aktiviti pertanian di Tenom. Ianya dibuka untuk lawatan orang awam, sekadar melawat atau pun jika berminat, boleh membeli benih-benih tanaman yang menarik perhatian anda. Malahan khidmat nasihat pun turut diberikan kepada mereka yang berminat. Kilang Kopi Tenom - ada beberapa pengilang kopi di Tenom. Kilang mereka sebenarnya tidak dibuka untuk lawatan awam tapi anda boleh mengunjungi kilang mereka untuk membeli kopi Tenom secara terus dari pengilang. Kopi Tenom yang original memang ada umphhh!!! dan menjadi buruan penggila kopi. Setiap entri yang seterusnya akan ambo perkenalkan setiap destinasi di atas dengan lebih details dan kongsi pengalaman ambo semasa bercuti di Tenom, Sabah baru-baru ini. Entri yang ini ambo perkenalkan dulu pekan Tenom dan cara untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu - jika anda menggunakan kenderaan awam. Jadi di mana kita boleh ambil teksi atau bas ekspress untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu? Anda boleh dapatkan teksi atau bas ekspress di Hentian Bas Bandaran. Jika anda ambil teksi di airport, beritahu saja anda mahu ke stesen bas Bandaran. Tambang teksi ambo tidak pasti berapa tapi tiket bas hanyalah RM20 sehala. Ada dua syarikat bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan, Tung Ma Nui Luk (KK-Keningau-Tenom) dan Ekspress Bumiputera (KK-Keningau sahaja).
Sebenarnya lebih seronok memandu sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Bas ekspress biasanya akan menggunakan laluan Kimanis jadi anda akan terlepas pemandangan indah di kemuncak banjaran Crocker. Bagusnya, anda boleh relax atau tidur saja, sedar-sedar sudah sampai Tenom. Di pertengahan perjalanan jika menggunakan bas ekspress, bas akan berhenti seketika untuk kemudahan mereka yang mahu ke tandas mahupun untuk meneguk minuman ringan.
Jangan pula anda imagine perhentian di pedalaman Sabah sepertimana RnR di Plus Highway. Hentian rehat ini hanyalah deretan kedai kecil dan tandas yang tak seberapa.
Penumpang beragama Islam kalau sekadar membeli makanan ringan dalam paket bolehlah.... tapi elakkan makanan panas kerana pemilik kedai di hentian rehat kebanyakkannya adalah non-muslim. Sebelum sampai di Tenom, bas akan berhenti dulu di Pekan Keningau, hanya untuk seketika. Jika anda berminat untuk menjelajah Keningau dahulu pun boleh, ada banyak hotel untuk anda menginap. Kemudian ambil saja teksi untuk ke Tenom yang jaraknya cuma 30 hingga 40 minit pemanduan.
Terminal bas ekspress di Pekan Tenom letaknya betul-betul di depan stesen keretapi dan padang awam Tenom. Dari sini terpulang kepada anda apa perancangan seterusnya. Nak bermalam boleh, ada beberapa buah hotel antaranya Hotel Perkasa dan Orchid Hotel. Jika mahu kemana-mana boleh gunakan saja perkhidmatan teksi.
Apa yang kita boleh buat di Pekan Tenom? Hmmmm..... jalan-jalan cuci mata dan jalan-jalan cari makan. Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan koboi tapi cukup lengkap untuk keperluan penduduk setempat. Ada beberapa blok bangunan kedai, bank, hospital, balai bomba dan masjid. Hehehehe..... macam tak ada apa-apa kan? Memang pekan Tenom biasa-biasa saja, tapi jika anda berjiwa kembara atau berjiwa petualang bak kata orang Indonesia, setiap destinasi baru sebenarnya menjanjikan satu pengalaman baru. Mungkin anda akan perolehi pengalaman baru dengan bergaul dengan penduduk tempatan berketurunan Murut. Paling kurang melalui pemerhatian, anda boleh melihat cara hidup mereka seharian. Penduduk setempat juga sebenarnya peramah dan suka membantu orang luar yang bertandang ke tempat mereka. Jangan takut untuk dipotong kepala kerana Murut sudah lama meninggalkan adat resam tersebut. Jika anda menghadapi masalah atau sesat arah, jangan malu-malu untuk bertanya penduduk tempatan. Mereka akan sedaya upaya akan cuba membantu anda.
Jadi inilah sedikit sebanyak pengenalan kepada Pekan Tenom. Inshaa Allah dalam entri yang seterusnya akan ambo kongsi pula saat-saat kami berkunjung ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Sekian, berjumpa lagi di lain siaran. | ||||||||||||||||||||||||
Selongkar10: 8 <b>Makanan</b> Eksotik <b>di</b> Malaysia Yang Pelik Tapi Benar <b>...</b> Posted: 22 Jan 2014 05:50 PM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Dimasak dengan Style Melayu blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my Goreng pun sodappp.... P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
best seronok .....nak try lah
ReplyDelete𝗦𝗶𝘁𝘂𝘀 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗛𝗢𝗞𝗜𝟵𝟲𝗔𝗖𝗘 .𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘
ReplyDelete𝗠𝗶𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝟮𝟱𝗿𝗯
𝗡𝗲𝘄𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗕𝗼𝗻𝘂𝘀 𝟭𝟬𝗿𝗯
𝗕𝗼𝗻𝘂𝘀 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝟮𝟬%
𝗣𝗼𝗸𝗲𝗿 𝗙𝗿𝗲𝗲𝗰𝗵𝗶𝗽𝘀 𝟱𝗿𝗯 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶
𝗜𝗻𝗳𝗼 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗟𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶 :
𝗪𝗔 +𝟴𝟱𝟱𝟳𝟭𝟰𝟴𝟰𝟰𝟲𝟲𝟮
𝗕𝗕𝗠 : 𝟵𝟲𝗔𝗖𝗘𝗜𝗗𝗡
𝗟𝗜𝗡𝗘 : 𝟵𝟲𝗔𝗖𝗘𝗜𝗗𝗡
𝗜𝗚 : 𝗤𝗤𝟵𝟲𝗜𝗡𝗗𝗢
-𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢 𝗕𝗢𝗡𝗨𝗦 𝗗𝗘𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧 𝟮𝟬%
-𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢 𝗖𝗔𝗦𝗛𝗕𝗔𝗖𝗞 𝗠𝗜𝗫 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗔𝗬 𝟭𝟬𝟬%
-𝗕𝗢𝗡𝗨𝗦 𝗣𝗢𝗞𝗘𝗥 𝗛𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡
* 𝗚𝗿𝗮𝘁𝗶𝘀 𝗥𝗲𝗴𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿
* 𝟭𝟬𝟬% 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 & 𝟭𝟬𝟬% 𝗙𝗮𝗶𝗿𝗽𝗹𝗮𝘆
* 𝗡𝗼 𝗕𝗼𝘁 𝗣𝗹𝗮𝘆𝗲𝗿 𝗩𝘀 𝗣𝗹𝗮𝘆𝗲𝗿
* 𝗝𝗔𝗖𝗞𝗣𝗢𝗧 𝟭𝟬𝟬% 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵
* 𝗠𝗶𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹 𝗗𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝗥𝗽𝟮𝟱.𝟬𝟬𝟬 & 𝗪𝗶𝘁𝗵𝗱𝗿𝗮𝘄 𝗥𝗽𝟱𝟬.𝟬𝟬𝟬
* 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗚𝗮𝗺𝗲 𝗕𝗶𝘀𝗮 𝗗𝗶𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗣𝗖/𝗔𝗻𝗱𝗿𝗼𝗶𝗱/𝗜𝗢𝗦
* 𝟮𝟰 𝗝𝗮𝗺 𝗖𝘂𝘀𝘁𝗼𝗺𝗲𝗿 𝗦𝗲𝗿𝘃𝗶𝗰𝗲
Wow...byk yg x pernah saya dgr...pelikkkkk....geli pun ada ...cuma realiti
ReplyDelete