Pengusaha kantin masih letak harga berpatutan BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah |
Pengusaha kantin masih letak harga berpatutan BorneoPost <b>...</b> Posted: 07 Jan 2014 03:34 PM PST by Siti Aisyah Narudin & Suraidah Roslan. Posted on January 8, 2014, Wednesday KOTA KINABALU: Walau berlaku kenaikan harga gula dan barangan lain, beberapa pengusaha kantin di negeri ini masih menetapkan harga berpatutan untuk makanan dan minuman yang dijual. Pembantu pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 2 yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, mereka masih lagi mengekalkan harga makanan dan minuman yang dijual di situ pada harga yang sama. Katanya, setakat ini mereka tidak menaikkan sebarang harga makanan mahupun minuman di kantin sekolah berkenaan. "Walaupun harga ais sudah naik tetapi kami masih mengekalkan harga minuman pada harga yang sama. "Jika dahulu, kami menjual segelas minuman pada harga RM1, kini kami masih menjualnya pada harga yang sama," katanya ketika ditemui di kantin sekolah itu, di sini kelmarin. Hasnah berkata, adiknya Dg Halimah Mumin yang mengusahakan kantin itu dan beliau hanya membantu menguruskan kantin berkenaan sahaja. Beliau berkata, mereka sudah mengusahakan kantin itu selama hampir dua tahun. Sementara itu, Guru Besar SK Serusup Rosnih Laudin berkata, setakat ini harga makanan yang dijual di kantin sekolah itu masih sama seperti sesi persekolahan lepas. Beliau berkata, harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan tidak membebankan pelajar berbelanja di kantin. "Tender bagi kantin sekolah bertukar setiap dua tahun dan tahun ini kami masih menggunakan pengusaha kantin yang sama. "Sehubungan itu, mereka perlu mengikut harga sebagaimana yang ditetapkan dalam tender," katanya. Rosnih berkata, walaupun berlaku kenaikan harga barangan seperti gula sekarang, pengusaha kantin perlu bijak dalam menyediakan kuantiti jualan dengan menetapkan harga yang berpatutan. Bagi Zanawati Maradan, ibu bapa perlu prihatin dan mengambil tahu jika berlaku sebarang kenaikan harga makanan di kantin sekolah anak masing-masing. Ini kerana katanya, ada dari kalangan anak-anak yang belum tahu berbelanja secara bijak dan hanya membeli mengikut kemahuan mereka. "Dalam hal begini, keprihatinan ibu bapa amat diperlukan bagi mengelak anak-anak terlebih berbelanja. "Pada masa sama, mereka juga dapat mengetahui harga makanan yang ditetapkan di kantin sama ada berlaku kenaikan atau pun tidak," jelasnya. Beliau yang berpengalaman mengusahakan kantin turut bersetuju sekiranya ada pengusaha kantin yang menaikkan harga makanan. Namun katanya, kenaikan harga yang dibuat hendaklah berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan dan tidak membebankan pelanggan. Seorang ibu pelajar, Maryanne Andrew berkata, kenaikan harga makanan di kantin sekolah SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu agak membebankan ibu bapa. Katanya, sekolah itu mempunyai dua kantin dan harga di salah sebuah kantin itu terlalu mahal. Beliau berkata, jika mempunyai lebih dari seorang anak yang bersekolah di situ, maka lebih banyak wang saku yang perlu ditambah. Katanya, memandangkan beliau mempunyai tiga orang anak yang bersekolah di situ, maka perbelanjaan persekolahan anak-anak juga bertambah. "Jika dahulu wang saku anak-anak hanya antara RM3 hingga RM4 setiap seorang, tetapi kini hanya anak bongsu saya yang berada di Tahun 3 sahaja berbelanja RM3 sehari. Manakala, anak saya yang berada di Tahun Empat, belanjanya RM4 dan bagi anak yang Tahun Enam, belanjanya sehari adalah RM5," jelasnya. Menyentuh mengenai kenaikan harga makanan di sekolah itu, beliau berkata, makanan seperti jejari ayam, yang dahulunya dijual RM1 untuk empat ketul, kini hanya tiga ketul untuk harga yang sama. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment