Wednesday 22 January 2014

14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisional di ... - Blog Makanan di Sabah

14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan</b> tradisional <b>di</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah


14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>makanan</b> tradisional <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 04:04 AM PST

Sesuai dengan Tahun melawat malaysia tahun ini, Pengusaha Tani Randagong Lama Ranau Jamelah Lawa, 41 tahun mengambil inisiatif memasarkan pelbagai produk makanan tradisional secara komersial.

Ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu Jamela memberitahu setakat ini beliau menghasilkan 10 jenis makanan tradisi melalui kaedah jeruk dan serunding.

Produk serunding dan jeruk ini antaranya dihasilkan daripada tuhau, bambangan, ikan, lada putih dan bunga betik.

Hasil Program TRUS-MId yang diikutinya Disember tahun lepas, beliau merancang untuk menubuhkan sebuah bengkel pemperosesan makanan tradisional di kampung Randagong Lama.

Beliau berharap kerajaan akan terus memberi peluang kepada peniaga industri kecil sederhana mengikuti program latihan dan kursus perniagaan bagi memastikan produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Rita/f-up-an

~mfja~

<b>sabah</b> negeri yang kaya dengan kepelbagaian <b>makanan</b> tradisoanal

Posted: 12 Jan 2014 09:19 AM PST

      Sabah ialah salah satu daripada 13 buah negeri yang ada di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo. Sabah dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu. Sabah juga dikenali sebagai negeri yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, etnik dan tempat perlancongan yang menarik. Selain itu, tidak lupa juga pada makanan tradisi yang pelbagai, yang ada di negeri Bawah Bayu ini. Sabah kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang diperkenalkan dari pelbagai etnik di Sabah. Antara makanan yang popular di Sabah ialah seperti ambuyat, Sagol dan kerak guri dan banyak lagi. Makanan tradisonal ini diperkenalkan oleh pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Setiap suku kaum yang ada di Sabah ini mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dan masing-masing mempunyai rasa, teksture, warna, dan kaedah yang unik dan menarik. Makanan tradisional yang ada di Sabah ini turut mendapat sambutan di dalam Malaysia dan luar Negara.

KAUM BISAYA
   Setiap suku kaum di Sabah mewarisi makanan turun temurun masing-masing. Malah cara penyediaan dan teksture yang digunakan berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya dari segi pelbagai aspek. Ambuyat iaitu sejenis makanan yang diperbuat dari pokok rumbia atau lebih dikenali  sebagai sagu. Ambuyat adalah makanan tradisi yang  sangat dikenali ramai  di Sabah. Ambuyat merupakan makanan tradisi suku kaum Bisaya di Sabah.  Makanan tradisi yang diperbuat daripada sagu ini juga dianggap makanan pembuka selera oleh masyarakat Sabah sendiri serta masyarakat luar Negara yang mencuba dan rasa makanan tradisi ini. Ambuyat hanya berwarna putih berbeza dari makanan tradisi lain yang kita selalu lihat. Bagi masyarakat Sabah, dalam makanan tradisi mereka, warna  tidak memainkan peranan penting  asalkan makan tradisi itu mempunyai rasa yang sedap dan enak. Ambuyat mempunyai teksture yang sangat unik kerana ambuyat akan menjadi cair ketika dalam proses aduanan dan teksturenya berubah menjadi seperti gam apabila dikacau lama dan ketika siap untuk dihidang. Walaupun makanan tradisi ini sangat terkenal di Sabah dan disukai ramai tetapi tidak semua orang gemar makan makanan tradisi ini kerana teksturenya yang pekat melekat-lekat seperti gam dan rasanya yang tawar tetapi enak apabila dimakan dengan cara makan ambuyat yang betul. Kebiasaanya, ambuyat ini dimakan dengan pelbagai kaedah mengikut cara individu itu sendiri. Menurut Haji Kamis salah seorang penduduk Daerah Beufort, "Ambuyat menjadi peganti nasi dan makan bersama lauk-pauk, rasanya enak sekali." Menurutnya lagi, " kaedah pembuatan Ambuyat tidak mudah, ia akan mengambil masa yang lama kerana mereka terpaksa meredah hutan untuk mencari pokok rumbia dan setelah itu, kaeadah pemprosesan dijalankan dan pemprosesan itu mengambil masa dua atau tiga hari." Ambuyat menjadi makanan wajib ketika adanya kenduri dan majlis-majlis keramaian bagi suku kaum Bisaya. Suku kan kaum Bisaya menjadikan ambuyat sebagai makanan rutin harian megantikan nasi makan bersama lauk pauk.

  

KAUM KOKOS

             Sebut sahaja mengenai masyarakat suku kaum cocos, etnik ini turut tidak ketinggalan dengan makanan tradisional yang amat popular dalam kalangan mereka. Masyarakat cocos terkenal dengan makanan yang amat popular iaitu kerak guri. Kerak Guri ialah sejenis makanan berupa snek dan boleh juga dijadikan makanan berat seharian. Kerak guri ialah nasi yang di buat di atas kuali besar dan diratakan. Makanan ini mengambil masa selama setengah jam untuk ia betul-betul menjadi kerak nasi yang rangup. Sememangnya snek ini amat sedap dan rangup jika di makan dengan serunding daging ataupun kelapa. Juadah ini amat sesuai jika dinikmati pada sebelah petang dan malam sambil bersantai bersama keluarga. Perlu di ketahui juga iaitu lauk Ikan Berengkes adalah salah satu lauk yang paling popular dalam kalangan masyarakat cocos. Ikan berengkes adalah sejenis sambal ikan haruan yang di masak menggunakan kunyit dan asam. Lauk ikan ini sesuai di makan dengan nasi dan menjadi hidangan lauk untuk makan malam dan sebagainya. Uniknya, lauk ikan beregkes ini juga boleh di makan bersama snek tadi iaitu Kerak Guri. Kedua-dua makanan tradisi masyarakat Cocos ini amat unik dan sedap kerana hasil daripada air tangan orang-orang cocos situ sendiri. Sebagai sumber pengetahuan masyrakat yang meminati makanan tradisional, Kerak Guri dan Ikan Berengkes ini adalah diantara makanan yang pernah di import di peringkat luar negeri. Keenakan kedua-dua makanan tradisi ini telah menarik minat pengaruh luar untuk mencuba dan seterusnya memperniagaan di peringkat yang lebih tinggi.


KAUM BAJAU

        Selain daripada suku kaum Bisaya dan Cocos, Bajau juga mempunyai makanan tradisi yang sangat terkenal di Sabah. Makanan tradisi Bajau ini dikenali sebagai sagol. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan, biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal digunakan dalam proses pembuatan sagol ini. Isi-isi ikan yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau duri pada ikan buntal. Mencelur iaitu masak separuh ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering tanpa kuah dan sagol basah iaitu berkuah. Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya proses pembuatannya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. Selain itu, masih ada lagi makanan tradisi Bajau iaitu, Putu. Putu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Ğ¢ayum dan beberapa makanan tradisional Bajau yang lain. Selalunya dimakan dengan makanan laut. Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung. Antaranya lagi, iaitu Tompek juga sejenis makanan tradisi Suku Kaum Bajau yang digemari masyarakat Sabah. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah. Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, makanan mentah terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima, tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. Makanan-makanan tradisi Bajau terdapat keunikan yang tersendiri dan rasanya yang enak seperti makanan tradisi suku kaum lain juga.


KAUM KADAZAN-DUSUN

     Seperti suku kaum lain juga, Masyarakat Kadazan Dusun juga mempunyai pelbagai makanan tradisi. Makanan Kaum Kadazan Dusun merupakan identiti masyarakat tersebut. Masyarakat Kadazan Dusun memiliki pelbagai jenis hidangan yang unik. Hidangan Kaum Kadazan Dusun diperbuat daripada sumber alam semulajadi. Kaum Kadazan Dusun yang tinggal di kampung masih lagi mengamalkan masakan cara tradisional. Selain itu, makanan ini juga di hidangkan dalam Pesta Keamatan yang dirayakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, majlis perkahwinan, dam majlis-majlis lain. Antara jenis-jenis makanan Suku Kaum Kadazan Dusun ialah Noomson iaitu  merupakan makanan tradisional yang istimewa dan paling popular bagi Kaum Kadazan Dusun. Noomson makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun iaitu Noomsom ataupun lebih dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis Noomsom yang ada dalam makanan tradisional Kaum Kadazan Dusun, antaranya ialah, Noomsom Sada, Noomsom tuhau, dan Noomsom Bambangan." Noomsom Sada" iaitu ikan yang  menggunakan jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk dengan menggunakan isi buah Pangi yang telah ditumbuk, nasi dan garam. Selepas itu semua bahan tersebut akan dicampurkan  dan akan dimasukkan ke dalam bekas kaca atau tajau kecil. Ianya akan dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari dalam proses penjerukkan sebelum boleh dimakan. Noomson Tuhau pula Isi tuhau yang telah dihiris, garam,cili merah dan jeruk dengan cuka. Bahan-bahan tersebut akan dicampurkan dalam satu tempat dan dimasukkan di dalam bekas botol dan akan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan untuk dimakan. Akhir sekali, Noomson Bambangan iaitu  isi buah Bambangan yang telah siap dihiris. Isi buah bambangan yang telah siap diparut akan diletakkan sedikit garam. Apabila semua bahan-bahan tersebut telah dicampur dan ianya akan dimasukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.  Rasanya cukup enak dan amat terkenal di Sabah.
          
KAUM RUNGUS

             Namun masyarakat kaum Rungus juga tidak tidak kurang hebatnya dalam konteks makanan tradisi walaupun kadar pendudukannya tidak meluas seperti etnik kaum yang lain di Sabah. Rungus ataupun lebih dikenali sebagai Dusun Laut hanya tertumpu di daerah Kudat. Terdapat makanan tradisi suku kaum Rungus yang popular dikalangan kelompok kaum Rungus iaitu buah –buahan yang dijerukkan dengan diletakkan isi ikan mentah  seperti buah bambangan, mangga, betik dan sebagainya. Namun buah  yang hendak  dijeruk haruslah separuh masak dan semakin lama ianya dijeruk semakin tinggi nikmat kelazatannya. Buah yang belum masak ini boleh dijeruk terus kecuali buah nangka kerana buahnya keras diamakan dan cara untuk menjerukkan adalah berbeza daripada buah yang lain iaitu menggunakan air panas dalam proses penjerukan. Makanan ini selalu digunakan untuk membuka selera dalam masyarakat kaum Rungus dan menikmatinya secara beramai-ramai. Manakala makanan tradisi yang dijadikan lauk untuk hidangan oleh masyarakat kaum Rungus yang sememangnya popular dikalangan masyarakat daerah Kudat. Terdapat dua makanan yang sememangnya jelas kelihatan terkenal dikalangan kaum Rungus iaitu Hinava Ikan Yu atau jeruk isi ikan yu dan Tinunuvan Soguntung atau lebih dikenali sebagai terung bakar. Hinava kaum Rungus berbeza dari suku kaum etnik yang lain kerana menggunakan isi ikan Yu dalam resipinya. Mereka mempercayai bahawa isi ikan Yu lebih lazat dijeruk berbanding ikan Tenggiri ,udang dan ikan yang lain dengan menggunakan air limau dalam proses penjerukkan. Hinava ikan Yu suku kaum Rungus selalunya dicampur dengan sayur yang dikenali Peria dan cili padi yang sememangnya menambah lagi kelazatan Hinava tersebut. Manakala Tinunuvan Soguntung atau dikenali sebagai terung bakar merupakan hidangan yang ala kadar tetapi kelazatan menyebabkan orang yang melihat pasti menggeliur. Hal ini disebabkan terung akan dicampur oleh limau,lada cili ,bawang dan ikan bilis dan diletakkan dalam terung bakar yang pasti akan menaikkan selera bagi sesiapa yang melihatnya. Terdapat juga makanan tradisi suku kaum Rungus yang mengkhususkan makanan utuk sarapan iaitu Tinonpis Roti atau dikenali sebagai roti ubi kayu dan Bintanok Dalai atau dikenali kuih jagung. Dapat dilihat bahawa bagaimana keunikan dalam kepelbagaian makanan tradisi suku kaum Rungus yang menarik selera masyarakat di Sabah dan pelancong luar. Semestinya kaum Rungus mempunyai makanan tradisi yang memperlihatkan identiti suku kaumnya seperi etnik yang lain.
        
        Secara keseluruhannya setiap suku kaum etnik di Sabah mempunyai makanan tradisi yang tersendiri bagi memperlihatkan indentiti diantara suku kaum dengan kaum yang lain. Dalam konteks makanan tradisi suku kaum di Sabah dapat memperlihatkan  perbezaan semua kaum di Sabah yang menjelaskan identiti mereka. Semua suku kaum tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk makananan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun kini negeri Sabah  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah kemajuan dengan menerapkan bangsa kita dengan makan ala kemodenan, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak kelahiran negeri Sabah perlu menyahut cabaran bahawa makanan tradisional di Sabah mampu melepasi pasaran dunia sehingga ke antarabangsa seperti makanan-makanan yang lain malahan boleh menjadi sumber ekonomi dalam Negara Malaysia.

Disediakan oleh : Nurul Fatihah Mustapa (BC12160221)

                               NurBasiah Ismail (BC12110121)

                               Suziana Halul (12110166)

                               Abdul Rahman Bin Jalimin (BC12160195)

                               Faizul Azmi Bin Rizely ( BC12160201)


No comments:

Post a Comment