<b>Pelik</b> Ikan Mola-mola muncul <b>di</b> Sandakan <b>Sabah</b> | cerita apakah?? - Blog Makanan di Sabah |
<b>Pelik</b> Ikan Mola-mola muncul <b>di</b> Sandakan <b>Sabah</b> | cerita apakah?? Posted: 08 Jan 2014 02:40 PM PST Pelik Ikan Matahari muncul di Sandakan Sabah | Kemunculan seekor ikan yang dikatakan sebagai ikan Mola-mola telah mengemparkan penduduk Kg Forest Sandakan Sabah. Ikan yang mampu mencapai berat 1000kg itu dan makanan utamanya obor-obor itu selalu di temui di perairan laut tropika. Jadi amatlah pelik ikan mola-mola ini boleh muncul di perairan sabah seperti mana ditemui penduduk ini kerana di malaysia keadaan laut dan cuaca sememangnya tidak sesuai dengan habitat asal haiwan ini. Ikan ini sebenarnya sangat popular di jepun dan korea kerana rasanya yang sangat sedap Gempar penduduk kampung disini apabila menemui seekor ikan pelik terdampar di Kg Forest Sandakan, Sabah. Namun, sebenarnya spesis ikan itu dinamakan ikan "Mola-mola" tergolong dalam kategori 'bony fish' yang paling berat di dunia. Berat ikan mola-moal dewasa dianggarkan sekitar 1000 kg. Diet utamanya ialah obor-obor. Hidup diperairan laut tropika. Sebagaimana ikan buntal, ikan ini juga menjadi hidangan yang istimewa di negara Jepun, Korea Dan Taiwan. |
MOUNTDWELLER: Macam <b>Pelik</b> Jer Bunyinya? Posted: 11 Jan 2014 11:00 PM PST Adakah masih ada di kalangan pemimpin PAS yang tak berpuas hati dengan perlantikan Ahmad Yakob menggantikan Nik Aziz? Adakah kepimpinan Ahmad Yakob lemah dan gagal mendapat sokogan padu dari pimpinan PAS peringkat negeri dan cawangan? Atau adakah penentang Ahmad Yakob sedang mengumpul kekuatan sehinggakan Nik Aziz terpaksa bersuara meredakan keadaan? Atau adakah akhbar tersilap petik dan gagal memahami maksud sebagaimana yang terjadi terhadap komen Datuk Mufti Kelantan dalam isu 'bughah' Harussani? Nik Aziz seru sokongan penuh kepada penggantinya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta ahli PAS beri sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub. Gambar fail. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua ahli PAS memberikan sokongan penuh kepada pengganti beliau Datuk Ahmad Yakub yang kini menjadi Menteri Besar Kelantan. "Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat," katanya mengenai Ahmad yang menggantikan beliau, dipetik daripada Utusan Malaysia. Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan selama 23 tahun. Ketika pentadbirannya, Kelantan berbangga kerana tidak ada seorang pun pemimpinnya yang bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa. Dalam wawancara itu, Nik Aziz meminta semua ahli PAS menyokong pengganti beliau kerana Ahmad menjadi timbalannya sudah lama dan semua masalah serta urusan khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau yang jawab.Ramai termasuk beliau yang cuba difitnah tetapi dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dikawal Putrajaya. "Daripada segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau," kata Nik Aziz dalam wawancara itu. Nik Aziz yang kini berumur 83 tahun pada 10 Januari lalu terpaksa hidup dengan beg plastik putih yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya. Difahamkan beg yang disediakan oleh hospital itu untuk menyalurkan air kencing, lapor Utusan. Ketika ditanya, bagaimana kesihatan beliau, Nik Aziz berkata:"Alhamdulillah." "Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. "Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa beg (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana," katanya. Beg itu, katanya, perlu ditukar seminggu sekali di hospital atau doktor yang bertugas datang ke rumahnya. "Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tidak perlu tukar cuma kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari. Alhamdulillah, tidak menganggu saya beribadat," kata ulama yang sangat dihormati itu. – 12 Januari, 2014. - sumber |
You are subscribed to email updates from makanan pelik di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment