Friday, 21 February 2014

Blog Makanan di Sabah: Pelik Ikan Mola-Mola Muncul di Sandakan ... - Blog Makanan di Sabah

Blog <b>Makanan di Sabah</b>: <b>Pelik</b> Ikan Mola-Mola Muncul <b>di</b> Sandakan <b>...</b> - Blog Makanan di Sabah


Blog <b>Makanan di Sabah</b>: <b>Pelik</b> Ikan Mola-Mola Muncul <b>di</b> Sandakan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 11:21 PM PST


Kemunculan seekor ikan yang dikatakan sebagai ikan Mola-mola telah mengemparkan penduduk Kg Forest Sandakan Sabah. Ikan yang mampu mencapai berat 1000kg itu dan makanan utamanya obor-obor itu selalu di temui di perairan laut tropika.

Jadi amatlah pelik ikan mola-mola ini boleh muncul di perairan sabah seperti mana ditemui penduduk ini kerana di malaysia keadaan laut dan cuaca sememangnya tidak sesuai dengan habitat asal haiwan ini.

Ikan ini sebenarnya sangat popular di jepun dan korea kerana rasanya yang sangat sedap

Gempar penduduk kampung disini apabila menemui seekor ikan pelik terdampar di Kg Forest Sandakan, Sabah. Namun, sebenarnya spesis ikan itu dinamakan ikan "Mola-mola" tergolong dalam kategori 'bony fish' yang paling berat di dunia. Berat ikan mola-moal dewasa dianggarkan sekitar 1000 kg. Diet utamanya ialah obor-obor. Hidup diperairan laut tropika. Sebagaimana ikan buntal, ikan ini juga menjadi hidangan yang istimewa di negara Jepun, Korea Dan Taiwan.

Blog Makanan <b>di Sabah</b>: Inilah <b>Makanan Pelik</b> Dan Menjijikan Dari <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 11:36 PM PST

Oleh: Mohd. Salim

Warna  dan  tekstur  makanan memainkan  peranan yang penting  dalam membangkitkan selera  dan keterujaan seseorang untuk  menjamah   makanan.  Tidak  hairanlah banyak makanan yang  disediakan, khususnya yang  dijual menggunakan pewarna  tiruan yang bertujuan untuk  menarik perhatian pembeli. Hari  ini, dalam penyediaan makanan  tradisional, pelbagai perwarna  tiruan turut digunakan yang  akhirnya mengubah rasa asli kuih  atau makanan tradisional.

Bagi masyarakat Bisaya di Sabah,  warna tidak memainkan peranan  yang penting dalam makanan  tradisional  mereka.  Mereka  memiliki makanan tradisional  yang bentuk dan teksturnya tidak  menarik, tetapi rasanya cukup  enak. Ambuyat merupakan makanan  tradisional kaum Bisaya di Sabah  dan di Brunei. Ambuyat berwarna  putih cair dan teksturnya seperti  gam.  Ambuyat menjadi hidangan  wajib ketika kenduri perkahwinan  dan ketika hari keramaian bagi  penduduk Bisaya. Ada ketikanya,  ambuyat dimakan bersama-sama  sebagai hidangan makan tengah  hari bagi menggantikan nasi.  Bagi kanak-kanak kaum Bisaya,  mereka turut menyukai ambuyat dan membesar dengan makanan  tradisional nenek moyang mereka  itu.

Ambuyat diperbuat daripada  pokok rumbia yang diproses  menjadi  sagu  rumbia.  Bagi  masyarakat Bisaya yang tinggal  di Beaufort, Sabah, untuk membuat  ambuyat, mereka perlu meredah  hutan mencari pokok sagu. Pokok  sagu akan ditebang dan dibawa  ke pondok pemprosesan sagu. Di  pondok tersebut, kebiasaannya  kaum lelaki bertanggungjawab  mengupas kulit batang sagu  tersebut. Batang sagu yang telah  dikupas, dibelah bagi mengeluarkan  isi sagu yang terdapat di bahagian  tengah batang sagu.  Kemudian, isi  sagu yang berwarna putih  dipotong  kecil dan halus. Sagu yang dipotong  ditapis dan direndam untuk tempoh  tiga hari di dalam baldi yang berisi  air. Secara keseluruhannya, proses  ini memakan masa selama sehari  untuk disiapkan. Selepas tempoh  satu atau dua hari,  isi sagu yang  direndam akan menjadi sebatian.  Sebatian ini ialah sagu yang  dimasak menjadi ambuyat.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya Januari 2012.

No comments:

Post a Comment