Monday 24 February 2014

makanan - Blog Makanan di Sabah - Blogger - Blog Makanan di Sabah

makanan - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger - Blog Makanan di Sabah


makanan - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger

Posted: 14 Feb 2014 09:43 AM PST

Oleh Manja Ismail
Hakikat bahawa industri pelancongan sebagai satu daripada sumber utama pendapatan negara memang diakui semua pihak. Justeru, dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu sekarang, ramai berharap Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang dirasmikan dengan penuh warna warni malam kelmarin, mampu menampung kekurangan dalam sektor lain ekonomi negara tahun ini. 

TMM 2014 bertemakan Celebrating 1Malaysia Truly Asia menyasarkan pendapatan RM76 bilion menerusi kunjungan kira-kira 28 juta pelancong tahun ini. Kerajaan menetapkan sasaran menerima kunjungan 36 juta pelancong dan menjana pendapatan RM168 bilion daripada sektor pelancongan pada 2020. 

Sementara kita boleh berbangga dengan pelbagai tarikan yang ada di negara ini untuk menarik pelancong asing, harus diingat beberapa negara jiran juga turut mempunyai keistimewaan serupa, malah sesetengahnya lebih baik dan sudah lama dikenali di seluruh dunia. 

Walaupun kita berasakan mempunyai pantai dan pulau yang indah, Thailand dan Indonesia juga turut menjadi destinasi pelancongan kerana kedua-dua tarikan itu. Malaysia mungkin mempunyai Langkawi atau Tioman, tetapi Bali, Phuket atau Pattaya lebih popular terutama di kalangan pelancong berkulit putih. 

Kita juga tidak boleh mendakwa Kuala Lumpur sebagai satu-satunya syurga membeli-belah di rantau ini apabila pelancong asing lebih suka berbelanja untuk mendapatkan fesyen terbaru di Singapura atau Hong Kong. 

Kepelbagaian budaya, aneka makanan 

Keistimewaan sebenar Malaysia dalam bidang pelancongan yang tidak ada di kalangan negara jiran ialah kepelbagaian budaya dan aneka makanan daripada rakyat berbilang kaum. Dengan tiga kaum terbesar dan lebih 30 etnik Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kita bukan saja mempunyai warisan budaya yang menarik, tetapi pelbagai jenis makanan dan sajian. 
Daripada nasi lemak, roti canai, yong tau fu dan nasi kandar, sehinggalah kepada pelbagai makanan tradisional penduduk atau negeri tertentu seperti masakan nyonya, makanan dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak, Malaysia layak digelar syurga makanan. Itu belum termasuk pelbagai jenis makanan antarabangsa yang mudah dan murah di bandar besar negara ini. 

Di sinilah letaknya tanggungjawab pengusaha makanan atau restoran dalam mengutamakan dua perkara – kebersihan dan layanan - yang menentukan sama ada pelancong bukan saja datang semula ke tempat mereka, tetapi mungkin datang lagi ke Malaysia. 

Dua perkara ini mungkin kelihatan remeh, tetapi kepada sesiapa yang pernah melancong ke luar negara terutama negara dunia ketiga, ia menjadi antara soalan utama diajukan oleh keluarga dan rakan apabila pulang ke tanah air nanti. 

Soal kebersihan tidak seharusnya tertumpu kepada penyediaan dan sajian makanan semata-mata, tetapi juga membabitkan persekitaran terutama tandas. Jika keadaan tandas di stesen minyak dan restoran mamak boleh dijadikan ukuran, kita khuatir ia boleh memberi gambaran buruk kepada pelancong asing mengenai tahap kebersihan rakyat negara ini. 

Begitu juga dari segi layanan di restoran dan hotel, kita masih ketinggalan berbanding senyuman dan keramahan pelayan restoran/hotel di Thailand dan Indonesia walaupun bahasa Inggeris mereka mungkin tidak sefasih pekerja hotel/restoran kita. 

Tidak kurang pentingnya ialah pekerja sektor pengangkutan awam terutama pemandu teksi, orang pertama ditemui pelancong apabila memasuki negara ini. Pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pemandu teksi dilaporkan bersikap kasar atau menipu pelancong kerana perbuatan itu boleh menjejaskan industri pelancongan negara. 

Ikhlas layan pelancong 

Bahawa kita pernah melancarkan kempen 'senyum' di kalangan pekerja industri pelancongan dan pengangkutan awam satu ketika dulu membuktikan perkara ini. Kita tidak mengharapkan mereka senyum sepanjang masa, tetapi layanan kepada pelanggan atau pelancong biarlah menampakkan keikhlasan, bukan kerana terpaksa. 

Dalam keghairahan kita menjayakan TMM 2014, janganlah pula kepentingan rakyat sendiri diketepikan. Selain pekerja industri ini seharusnya memberi layanan serupa kepada rakyat tempatan dan pelancong asing, kita juga mahu hanya pelancong sebenar datang ke Malaysia sepanjang kempen ini. 

Ketika pelbagai masalah ditimbulkan oleh kebanjiran jutaan pendatang asing sekarang, kita pasti tidak mahu ada kalangan yang mengambil kesempatan daripada TMM 2014 untuk membawa masuk rakyat dari negara tertentu atas nama pelancongan tetapi bekerja atau melakukan kegiatan haram di negara ini.

Norain Yusoff: <b>Makanan</b> Yang Menarik <b>Di</b> Tawau

Posted: 19 Feb 2014 12:43 AM PST

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Lobster yang disediakn oleh Tuan Rumah.. Mekaseh makcik, sedap sgt.. =)

..بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Makanan Yang Menarik Di Tawau | Assalmualaikum dan selamat petang.. Hari nih, ain masih lagi nak bercerita tentang Tawau, iaitu sebuah daerah yang terletak di Sabah dan merupakan bandar ketiga yang terbesar di Sabah. Semasa kami kat sana, kami mencuba pelbagai makanan tradisi dan juga makanan yang popular kat sana.. Makanan kat sini memang superb-superb sedap! 

Apa taknya, kat Tawau nih, makanan laut atau pun orang putih kata seafood memang segar-segar dan murah-murah! Sekilo udang, baru RM7 per kg. Dan Lobster atau Udang Galah baru RM70-RM80 sekilo.. boleh lah dalam 6 ekor lobster!! Perghhhh.. klu ikan-ikan tuh, toksah cakap lah kan..Memang murah-murah... 


Makanan Yang Menarik Di Tawau


Makanan Yang Menarik Di Tawau
Ikan Kerapu masak 3 rasa.. =)

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Udang celup tepung, diratah begitu saja..

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Udang bakar.. >.<

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Model boo merasa udang.. eh, tgk tangan sape yg curik udang uhhh~

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Ini la tangan tadi tuh..ekekeke.. kami sangat excited makan udang segar-segar~

Selain makanan laut, Makanan yang menarik di Tawau nih adalah Kepak Ayam.. Chicken wings yang dibakar dan di sediakan dengan kicap sebagai pencicahnya.. Pergghhhh~ memang sangat-sangat menyelerakan.. Btol, ain tak tipu, semua rebut-rebut makan, sambil gaduh-gaduh manje gitu.. =P

Selain tuh, minuman yang tak dapat dilupakan dan susah nak cari kat semenanjung adalah Air Mangga Sagu.. Mangga sagu tuh macam ABC, tapi ada mangga dan sagu dalamnya..mungkin dia taruk santan juga.. Memang sedaaappppp!!


Makanan Yang Menarik Di Tawau
Kepak Ayam yang Sedap!

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Mangga  Sagu... Gullpppp!!

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Air Batu Campur (ABC)

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Kuih Jatuh Bangun merupakan kuih tradisi Bangsa Bugis
Kuih Muih yang sangat rare kami jumpa, masa Hari Persandingan Lina KLIK SINI iaitu kuih Jatuh bangun.. memang pelik namanya, tapi rasanya sangat lah sedap... Pulut hitam dijadikan bahan utama dalam Kuih Jatuh Bangun nih... =)

Selain tuh, nasi kuning.. Menjadi makanan yang popular di Tawau, Sabah nih. Klu nak sarapan pagi, memang akan ada nasi kuning nih selain nasi lemak. Kat Terengganu pon ada jugak nasi kuning nih, maybe cara penyedian lauknya agak berbeza. Sebab kat Terengganu, nasi kuning disediakan dengan Gulai ikan. Kat Tawau nih, Ikan dia macam masak merah pon ade nih... ekekeke


Makanan Yang Menarik Di Tawau
Nasi Kuning

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Sanggar Cheese atau Pisang Goreng Cheese

Makanan Yang Menarik Di Tawau
Jetool Dan Iffah.. Pose maut ngan Sanggar Cheese

Dan akhir sekali.. Goreng Pisang Cheese. Atau orang kat sana panggil Sanggar Cheese. Pertama kali makan Goreng pisang Cheese nih, terus jatuh cinta... Makan seringgit, masih lagi tak cukup..makan lagi dua ringgit, masih lagi tak cukup... berebut-rebut kami makan Sanggar Cheese nih.

Memang rare, memang sedap... Dalam tuh dia taruk air gula melaka. Tak yah cicah ngan cuka lada dah.. Memang cuka lada/ sos lada takkan korang jumpa kat sana. Heee.. Lada kicap ade lah.. Tapi sangat berbeza dengan kita di Semenanjung....

Dah tengok-tengok gambar Makanan Yang Menarik Di Tawau nih, terus buat perut ain lapar... Arrrghhhh~ Korang hadam dulu makanan nih k, Ain nak kuar jap cari goreng pisang cheese... mana tau kot-kot ade jual kat Terengganu nih... hehehehee.... Adios smua.. Selamat makan Petang... (^_^)

Blog <b>Makanan di Sabah</b>: 14/01/2014: Keunikan dan kepelbagaian <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 03:37 PM PST

Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya?

Tupai Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia

1. Tupai Masak Black Pepper Dari Gopeng, Perak

Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. 

Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Noooo....

2. Hinava - Kerabu Ikan Mentah Dari Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. 


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Ingat jepun je makan ikan mentah...haa pun bolehh

 Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
apa kata survey??

Teruskan Pembacaan...


3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah.
bharian.com.my

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Nah kauuu...amikkk

4. Belut Dimasak dengan Style Melayu

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Ia juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html  

Kutippp kutippp... buat laukkk

5. Sup Kaki Ayam

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 

Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam..


6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap.
blogspot.com

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Auchhh..!!!

7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. 
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... 

Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang...

8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html
Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah. 
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair"


http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html 
Sebelum dan selepas...huhhh

9. Ulat Mulong Atau Ulat Sagu Dari Sabah/Sarawak 

http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. 


Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my
http://selongkar10.blogspot.com/2014/01/8-makanan-eksotik-di-malaysia-yang.html

 Goreng pun sodappp....

P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P

Selongkar Makanan

No comments:

Post a Comment