Pelik Ikan Mola-Mola Muncul... - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger - Blog Makanan di Sabah |
- Pelik Ikan Mola-Mola Muncul... - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger
- Makanan tradisional di saba... - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger
- serius_misterius: Ambuyat - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger
Pelik Ikan Mola-Mola Muncul... - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger Posted: 29 Mar 2014 12:04 AM PDT Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media. Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau -- antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia -- mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno). Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula. Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti. Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya! Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas, Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah. Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB). "Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman. "Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh! "Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin. Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sek Men Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu. Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang. Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri. "Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik. Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah. Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?) (Gambar:Tersepit semasa menyelit melalui "lorong tikus" untuk meninjau pembinaan sekolah menengah titingan, tawau, yang menyimpan penuh misteri ... Sekolah ini sepatutnya sudah boleh digunakan tahun lepas tetapi kini naik semak samun dan dipagar rapat.) Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah -- untuk kesekian kali -- rasuah atau elemen seumpamanya. sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan? Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tandatanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salahguna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau. Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu. Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran. Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain. Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar. Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan. Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.
Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang. (Gambar:Nah! Inilah bongkah batu yang mengelongsor jatuh dari atas bukit di Kg Kukusan, Tawau, menghempap 11 rumah ...) Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbungan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemarfan atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar. "Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk. (gambar:Kg Kukusan, Tawau, 19 Januari 2013, projek peletupan batu kuari yang langsung tidak mengendahkan keselamatan orang kampung .. 11 rumah hancur dilenyek batu sebesar itu ... Dan lebih mengejutkan semasa saya berkunjung ke lokasi, masih ada gegaran kuat daripada pemecahan batu di atas bukit sana ...) "Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita borek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah. Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan. Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari. Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu? Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA. Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat. Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati. Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti. "Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang. "Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas. Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana. "Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini. Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang. |
Makanan tradisional di saba... - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger Posted: 27 Mar 2014 03:34 AM PDT Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu. Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini. Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.
Seorang pengusaha, Maznah Abdul Rahim, 54, berkata, penyediaan sambal Pahang tidak rumit kecuali ketika memasak belimbing buluh yang memakan masa berjam-jam lamanya sehing�ga bertukar warna kepada coklat tua atau hitam. Secara asas, katanya, proses menghasilkan belimbing hitam itu mudah walaupun mengambil berjam-jam untuk mengeringkannya. Tampuk pada belimbing dibuang terlebih dulu dan dibasuh untuk membuang kotoran yang melekat jika ada. "Masukkan belimbing buluh ke dalam tin sehingga penuh bersama garam kasar dan masak dengan api sederhana sehingga belimbing menjadi kecut dan bertukar menjadi coklat kehitam-hitaman (anggaran satu tin biskut 800 gram, satu peket kecil garam kasar). "Tidak perlu menggunakan air semasa merebus kerana belimbing mengeluarkan airnya sendiri," katanya yang mewarisi resipi sambal hitam diperturunkan nenek moyangnya. Dia berkata, belimbing buluh itu dimasak menggunakan dapur kayu atau arang. Proses merebus belimbing mengambil masa antara tiga hingga enam jam bergantung kepada jumlah belimbing yang digunakan. "Dari segi kualiti belimbing, semakin lama direbus semakin lama ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya dan selamat dimakan kerana tiada bahan pengawet. "Ada juga remaja yang gemar melakukan aktiviti lasak menempahnya untuk dibawa sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika melakukan aktiviti perkhemahan di pusat rekreasi di kampung ini," katanya. Bagi Wan Juhaida Wan Hassan, 33, pengusaha sambal Pahang kini boleh menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Sejak mengusahakan produk tradisional itu beberapa bulan lalu, permintaan untuk sambal hitam sentiasa meningkat terutama dalam kalangan mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan makan. "Saya tidak menang ta�ngan menghasilkan sambal ini, malah terpaksa menolak permintaan kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya mengikut waktu dijanjikan. "Saya memperoleh resipi ini daripada nenek yang diperturunkan kepada ibu (Masti Mohd Dawi, 62) dan menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kami sekeluarga," katanya yang turut menghasilkan pelbagai masakan tradisional di kampungnya, Kampung Kuala Atok, Raub. Wan Juhaida berkata, sejarah sambal Pahang di Raub bermula di Mukim Sega dibawa penduduk Lipis yang berhijrah ke daerah itu. "Menurut ibu, sambal ini asalnya hanya menggunakan belimbing, cili api dan ikan bilis saja tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa, malah ada yang mencampurkan bawang merah, bawang putih dan ikan rebus. Dalam pada itu, Wan Juhaida berkata, tidak ramai yang mengetahui air rebusan belimbing enak dicicah dengan ikan bakar terutama ikan air tawar. "Tidak perlu bahan tambahan lain, cuma patahkan lada. Ia amat menyelerakan. Air rebusan belimbing juga boleh digunakan untuk membersihkan ikan air tawar bagi menghilangkan bau hanyir," katanya. Ramai generasi muda tidak mengetahui cara pe�nyediaan sambal hitam mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu. "Malah ada yang tidak menyedari kewujudan sambal ini kecuali mereka yang menghadiri majlis kenduri-kendara, doa selamat dan hari raya kerana ia hidangan wajib di kebanyakan majlis berkenaan di kawasan Pahang barat," katanya. Wan Juhaida berkata, tidak perlu mencari resipi untuk mendapatkan sukatan bahan kerana ia mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sambal mengikut selera sendiri. Norhaida Md Kamarudin, 41, pula mempelajari masakan tradisi itu daripada orang lama sewaktu membantu kerja memasak di majlis kenduri. "Kami selalu bergotong-royong membuat sambal Pahang apabila ada majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara memasaknya. "Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam, malah ia boleh dimakan begitu saja bersama nasi panas," �kata�nya yang menetap di Kampung Melayu Cheroh, Raub. Katanya, harga belimbing hitam yang siap direbus kini mencecah RM40 sekilogram dan sambal hitam siap berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram. "Ramai kenalan dan ahli keluarga yang menetap di luar Raub kerap meminta kami menyediakan sambal hitam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing kerana ada permintaan daripada mereka yang sudah menikmati keenakan sambal Pahang ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08 |
serius_misterius: Ambuyat - Blog <b>Makanan di Sabah</b> - Blogger Posted: 29 Mar 2014 11:17 PM PDT Alhamdulillah, shida dipanjangkan umur untuk share pengalaman shida bercuti selama 6 hari 5 malam di Sabah.. Ada yang tanya shida pakej ke sendiri2..and jawapannya shida pergi sendiri je.. nanti shida update susunan jadual shida ya..best tau pergi sendiri..jimat and ikut suka hati.. Shida kalau holiday memang cari makanan then tempat2 famous..puas juga study travel blog..So, shida nak share kat korang apa yang shida makan sepanjang holiday shida. 1. KUIH CELURUT (boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN) 2. MURTABAK SABAH (boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN) 1 = RM2 3. PUTRI AYU (boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)- Berdepan dengan Hotel Le Meridian Nama putri ayu ni maybe korang rasa macam sama je putri ayu semenanjung, actually ade beza..nanti korang try la ye.. 4. SAYAP AYAM MADU & TONGKENG MADU (boleh jumpa kat PASAR FILIPINO / PASAR SINSURAN)- Berdepan dengan Hotel Le Meridian 5. SEAFOOD (Pilih dan decide nak masak ikut selera masing2, shida sarankan survey harga kedai ke kedai then negotiate harga dengan penjual, mana tau dapat diskaun, dah jimat sedikit kat situ) -Pasar Filipino / Sinsuran 6. BUAH TARAP (Boleh beli di Kundasang @ Pasar Filipino / Sinsuran) Buah ni ikutkan ada masa musim durian dengan rambutan, rezeki shida dapat beli sebiji kat Kundasang, itu pun buah yang last orang tu jual. Terkilan juga tak dapat beli bawa balik Semenanjung bagi family rasa. Kalau nak beli bawa balik Semenanjung minta orang jual tu bagi yang lagi 2 3 hari nak masak. And nak kupas dia sangat senang..minta je orang kedai tu tunujukkan caranya. Rasa dia shida tak nak cerita la ye, tak surprise nanti. 7. DESA FRESH MILK / CHOCOLATE MILK (Boleh beli di 2 tempat; DESA DAIRY FARM, KUNDASANG @ DESA SHOP, PLAZA DAMAI, KK) RM4 -1 box, 1Liter Sorry tak ada gambar fresh milk yang biasa tu sebab tekak shida tak boleh terima susu biasa tu, lupa terus nak snap gambar dia..hehe 8. PISANG MIX CHOCOLATE CHEESE (Boleh beli kat JESSELTON POINT sederet dengan DUNKIN DONUT) Mix chocolate and cheese - RM5 Cheese- RM4 Chocolate - RM 4 9. BAKSO DAGING (Boleh try kat PASAR FILIPINO/SINSURAN @ JESSELTON POINT) Shida makan kat Jesselton Point 1 mangkuk RM5 10. LAUK DALAM BULUH (Aktiviti di MARIMARI CULTURE VILLAGE, INANAM) Best sangat, sebab kita yang tentukan jumlah bawang, ayam, garam, serai, halia and bayleaf, then kakitangan MariMari Culture Village akan masak kan untuk kita) Harga : dah include masa bayaran masuk 11. LOKAN BAKAR(Deretan kedai di SALUT) Shida makan kat gerai SUDI MAMPIR. Kalau nak guna aplikasi Waze, taip je Salut sebab kedai die tepi jalan. And ikut je jalan yang tulis Telipok. Then ada round board, follow yang tulis Salut. Kedai die tepi2 jalan je.. 12. PUDING KELAPA (Deretan kedai di SALUT) Shida makan kat gerai SUDI MAMPIR. Sebiji RM4 Dalam gelas RM2 13. KELAPA BAKAR
Sebiji RM3 14. TEH SABAH (Boleh ke SABAH TEA GARDEN, waze je, senang) Sambil menikmati pemandangan, relax2 kan diri..ewah.. Harga ikut korang nak banyak mana..macam shida pilih untuk 2pax ni RM9..15. SAGU MANGGA (Makan di RESTAURANT MANGGO sebelah RUMAH TERBALIK, TAMPARULI) sedap lagi2 masa cuaca tengah panas..fuhh..sampai masuk JJCM tau.. 1 mangkuk RM6.50 Shida saja tak nak cerita setiap makanan ni nak bagi suprise kat korang..ok selamat ber cuti cuti Malaysia.. Nak tanya pasal trip shida ni boleh contact shida 0132529186 |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment